Menangi Trip Ke Korea! Saksikan Festival EDM Dengan Peraduan Flyaway Samsung Milk Music

Peminat muzik tidak patut melepaskan peluang ini! Layan muzik elektronik sepanjang malam secara lansung bersama DJ terkenal dunia, mendengar lagu-lagu EDM tanpa had, dan banyak lagi di Korea?!

Pada kali ini, Samsung Malaysia Electronic (SME) secara besar hati ingin membawa pengguna mereka untuk menyaksikan muzik EDM tanpa batas di Korea secara percuma. Melalui Peraduan Flyaway Samsung Milk Music ini, pemenang bertuah akan mendapat dua tiket tajaan penuh untuk menyaksikan festival termasuk tiket penerbangan dan penginapan di sana.

Pengguna peranti Galaxy hanya perlu memuat turun dan log masuk aplikasi Milk Music, kemudian mainkan saluran Korea EDM Festival bermula hari ini hingga 7 Mei 2017 nanti. Pendengar paling lama melayani saluran tersebut akan disenarai pendek seterusnya diumumkan sebagai pemenang.

https://www.youtube.com/watch?v=tK4bY34NhNU

You might also like