
Rekaan OnePlus 9 Pro Kini Terdedah?? Betul Ke?
Ada sesuatu yang menarik mengenai peranti yang bakal tiba dari OnePlus iaitu OnePlus 9 Pro apabila imeh yang di khabarkan milik peranti ini telah tertiris.

Jika dilihat rekaan pada panel belakang mempamerkan rekaan susunan kamera yang mengikut trend peranti android pada ketika ini yang disusun di dalam kotak segi empat tepat.
Dikatakan skrin yang dihadirkan dengan 6.7″ dan melengkung di bahagian sisi dan skrin berlubang bagi kamera hadapan.
Belum ada lagi maklumat yang terdedah mengenai peranti ini. Jadi, teruskan bersama kami untuk mendapatkan info-info terkini mengenai dunia gajet.

