

Huawei Malaysia baru sahaja memperkenalkan sebuah telefon pintar terbaru. Ia dinamakan Huawei Y5 Prime (2018), peranti berspesifikasi pertengahan yang menawarkan beberapa ciri-ciri yang menarik.
Peranti ini disertakan paparan IPS LCD bersaiz 5.45-inci dengan nisbah skrin 18:9 bersolusi HD penuh. Mengikut kertas teknikal, ia dijana cip pemproses MediaTek MT6739 bersama memori 2GB dan storan 16GB yang boleh diperluas dengan kad microSD sebesar 256GB.
Sokong penggambaran utama dengan sensor kamera 13 Megapiksel, manakala kamera belakang menerima sensor 5 Megapiksel dengan sokongan selfie toning flash. Bagi memberikan kuasa sepanjang hari, sebuah bateri berkapasiti 3020mAh turut dimuatkan bersama teknologi Power Saving 6.0. Sistem operasi lebih segar dengan Android 8.1 Oreo.

Huawei Y5 Prime (2018) ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru serta boleh didapati pada harga RM490. Dalam masa yang sama, anda boleh memiliki telefon pintar ini pada harga RM1 menerusi Pelan Prabayar Digi (tertakluk pada terma & syarat). Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Digi.

