Memperlihatkan Keunggulan Teknologi TOF 3D Sensing Dari vivo

Bertempat di MWC Shanghai 2018, vivo sekali lagi menjadi tumpuan antarabangsa setelah menjadi pengeluar terawal hadir dengan pengimbas cap jari dalam paparan (In-Display Fingerprint Scanning). Kini perhatian ramai tetap pada vivo kerana mereka dengan bangganya memperkenalkan teknologi baharu yang dikenali sebagai TOF 3D Sensing kepada umum.

Teknologi Time of Flight (TOF) 3D Sensing merupakan satu sensor yang diletakkan bersebelahan dengan kamera hadapan, sensor ini akan mengesan masa yang diperlukan antara cahaya dan sasaran supaya dapat meningkatkan lagi keupayaan peranti pintar masa hadapan.

Sensor ini dapat mengesan sasaran dengan tepat sehingga tiga meter jauh di hadapan, dan ia boleh dioperasikan di bawah pengecaman wajah, 3D fotografi, AR, MR (Mixed Reality) dan banyak lagi. Semua ini bergantung kepada penggunaan 300,000 titik sensor, iaitu 10 kali ganda titik sensor berbanding peranti tersedia di pasaran.

Walaupun teknologi ini sangat unik dan segar bagi semua orang, tetapi menurut vivo, teknologi ini akan menjadi kenyataan kerana ia akan diuji untuk memenuhi standard industri yang memerlukannya. Tidak lama lagi kita akan bertemu dengan genius vivo.

Baca Juga:

 

You might also like