Oppo A71 Muncul Dalam Diam Dengan Tawaran Harga RM858!

Oppo Malaysia baru-baru ini telah muncul sebuah peranti dalam kelas pertengahan secara diam-diam, smartphone dengan tawaran harga RM858 ini diberi nama Oppo A71. Anda boleh membeli smartphone ini bermula 5 September 2017 yang lalu dari laman atas talian Oppo Store atau kedai rasmi Oppo di Lazada dalam pilihan warna hitam (warna emas masih tidak diketahui adakah akan masuk ke pasaran tempatan).

Walaupun Oppo A71 dikategorikan dalam kelas pertengahan, namun rekaan logam unibodi padanya nampak cukup bergaya, tambahan lagi selesa dipegang. Ia dibekalkan dengan paparan skrin 5.2 inci yang beresolusi HD 720p, menggunakan cipset MediaTek MT6750 dengan kelajuan Octa-core 1.5GHz, 3GB RAM serta 16GB memori dalaman yang menyokong kad microSD sehingga 256GB.

Bagi kamera pula, Oppo A71 menawarkan kamera utama beresolusi 13 Megapiksel dan LED flash dengan aperture f/2.2, manakala kamera swafoto hanya beresolusi 5 megapiksel dengan aperture f/2.4.

Dikuasakan oleh Android 7.1 yang berasaskan ColorOS 3.1, Oppo A71 juga tidak mengabaikan ketahanan baterinya dengan menawarkan kapasiti sebesar Li-Ion 3000mAh. Cukup untuk berfungsi sepanjang hari kan?! Trend keselamatan yang semakin menjadi keutamaan seperti teknologi pengimbas cap jari, malangnya tidak disokong pada Oppo A71.

Spesifikasi
  • Android 7.1 (Nougat)
  • MediaTek MT6750
  • Octa-core 1.5Ghz, ARM Mali-T860 MP2
  • 5.2 inci IPS LCD / 1280×720 piksel
  • 13 Megapiksel / aperture f/2.2 / LED Flash / Rakaman video 1080p
  • 5 Megapiksel / aperture f/2.2
  • 16GB ROM / 3GB RAM / microSD sehingga 256GB
  • Li-Ion 3000mAh
  • Dual Nano SIM

 

 

You might also like