Samsung Galaxy J7+ Dengan Dwi Kamera Ditawarkan Di Malaysia

Dalam masa yang sama Samsung Galaxy Note 8 membuka sesi pra tempahan, Samsung Malaysia baru sahaja mengumumkan satu lagi peranti dengan kebolehan dwi kamera iaitu Galaxy J+ di Malaysia. Telefon pintar kelas pertengahan ini dilengkapi dengan ciri-ciri premium pada harga RM1,599.

Samsung Galaxy J7+ menerima paparan skrin Super AMOLED bersaiz 5.5 inci HD penuh. Ia disokong RAM 4GB, storan 32GB yang menyokong kad microSD dan dioperasikan oleh Android Nougat bersama antarmuka Touchwiz. Peranti ini menyediakan bateri berkapasiti 3,000mAh serta pengimbas cap jari di butang hadapan.

Menjadi titik penjualan, Galaxy J7+ dibekalkan dengan sistem dwi kamera 13 dan 5 Megapiksel serta kamera depan 16 Megapiksel. Telefon pintar ini juga tidak ketinggalan untuk menerima ciri pintar Bixby di samping ciri dua akaun Whatsapp pada satu-satu masa. Telefon pintar ini mendapat cip kuasa dari pemproses Octa-core (Quad-core 2.39GHz + Quad-core 1.69Ghz) yang didatangkan dengan pilihan warna Hitam dan juga Emas.

Sesi pra tempah dibuka pada 12 September depan sehingga 17 September kelak, sementara bagi anda yang membuat pra tempahan dalam tarikh yang ditetapkan akan menerima kad memori 64GB (bernilai RM190) dan jaminan lanjutan setahun Samsung Protection Plus (bernilai RM198). Tarikh kutipan peranti bermula pada 28 September dan berakhir 4 Oktober 2017 depan.

You might also like