Huawei Dan Leica Bekerjasama Dalam Teknologi Kamera

未命名_meitu_0Nama Huawei sudah tidak asing lagi di dalam pasaran asia, tetapi jenama dari China itu kurang dikenali di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat. Namun itu semua sudah berubah apabila Huawei diberi kepercayaan oleh Google untuk menghasilkan Nexus 6P. Semakin ramai pengguna mengiktiraf kemampuan syarikat ini dalam penghasilan peranti.

Semua itu tidak memadai bagi Huawei, kini mereka sedang giat bekerjasama dengan syarikat kamera terkenal, Leica, dalam membangun dan menambah baik teknologi pada kamera peranti mudah alih. Menurut Oliver Kaltner (CEO of Leica Camera) beliau melihat kerjasama strategik itu sesuatu yang menguntungkan semua pihak, termasuk pengguna. Dengan usaha sama tersebut Leica bakal memasuki segmen pasaran yang baru dan menawarkan pengguna smartphone teknologi kamera yang baru pada peranti Huawei.

 

You might also like