Selain HTC One A9, HTC Turut Membuat Kejutan 4 Model Baru ‘Desire’

(Dari kiri) Manu Seth (Pengarah Kanan Pemasaran HTC, Asia Selatan), Faisal Siddiqui (Presiden HTC, Asia Selatan), Cheong Wah Tong (Pengurus HTC Malaysia) serta Raymond Tan (Ketua Pegawai Operasi Brightstar Distribution Sdn Bhd) dengan bangganya membentangkan cemerlang baru HTC One A9 selepas pelancaran kejutan.

HTC telah menjemput para media untuk sama-sama memeriahkan lagi pelancaran HTC One A9 bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Selain model HTC One A9, HTC telah membuat kejutan dengan kemunculan empat model baru dari siri ‘Desire’ iaitu Desire One ME dual sim, Desire 828 dual sim, Desire 728 dual sim dan juga Desire 626 LTE.

htc2HTC One A9 telahpun dijual di pasaran tempatan berharga RM2,299 dan hadir dengan dua warna sahaja iaitu Carbon Gray dan Topaz Gold. Manakala model HTC Desire One ME dual SIM yang menampilkan rekaan mirip HTC One E9+ pula menawarkan harga RM1,599 dengan dua warna menggoda iaitu Classic Rose Gold dan Meteor Gray. Manakala HTC Desire 728 dual sim yang menampilkan paparan skrin berukuran 5.5 inci dengan kamera utama 13 Megapiksel dan kamera depan 5 Megapiksel pula ditawarkan pada harga RM899. Dua lagi model tidak pula diberitahu berapa harganya dan telahpun berada di pasaran ataupun tidak.

HTC Desire 728 dual sim
HTC Desire 728 dual sim
HTC Desire 626 LTE
HTC Desire 626 LTE
HTC Desire 828 dual sim
HTC Desire 828 dual sim
HTC Desire One ME dual sim
HTC Desire One ME dual sim
You might also like