Life Engineering, Membina Komuniti Untuk Menawarkan Kos Rawatan Mampu Milik

1899
- Iklan -
(Berdiri dari kiri) Lee Khai, Legal Director of Life Engineering dan Loh Gim Chuan, Co-fouder & CEO of Life Engineering; (Duduk dari kiri) Jeff Chin, Marketing Director of Life Engineering dan Gideon Leong, Founder & Executive Director of Life Engineering

Penyakit boleh menimpa sesiapa sahaja pada bila-bila masa, dan dengan kadar inflasi perubatan yang meningkat antara 10% dan 15% setiap tahun, kos rawatan semakin membebankan bagi rakyat Malaysia. Ramai yang mengambil skim insuran bagi membantu mereka di saat yang sukar, namun tidak semua mampu melanggan pakej insuran pada masa kini.

Di sinilah Life Engineering mahu mengisi jurang tersebut dengan menyediakan alternatif untuk rakyat Malaysia untuk mendapatkan pembiayaan kos rawatan perubatan mereka melalui konsep crowdsharing melalui aplikasi mereka.

Mereka yang menyertai komuniti Lige Engineering akan dikenali sebagai sharer, di mana sharer akan bertanggungjawab menyalurkan dana maksimum RM50 sebulan, jumlah sumbangan mempunyai potensi dikurangkan sekiranya komuniti semakin membesar dan dana yang dikumpul mencukupi bagi menampung kos rawatan ahli komuniti.

Sekiranya sharer yang memerlukan rawatan di mana-mana hospital panel, sharer hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan maya mereka di dalam aplikasi pada pihak hospital untuk proses kemasukan dan rawatan. Permintaan kemasukan akan segera disemak untuk kelulusan oleh Eximius Medical Administration Solutions Sdn.Bhd. (EMAS), badan juruaudit yang dilantik Professional Medical Auditor (PMA). Sebaik sahaja disahkan, Life Engineering akan membayar bil-bil perubatan sharer.

Segala proses di dalam Life Engineering adalah telus. Komuniti sharer dapat melihat jumlah dana yang digunakan bagi membantu sharer lain dari dalam aplikasi di mana dokumen-dokumen akan dipaparkan bagi tujuan rujukan (item-item penting seperti nombor kad pengenalan, nama dan lain-lain akan dikaburkan). Sistem telus ini amat penting bagi memastikan ahli komuniti saling percaya antara satu sama lain kerana Life Engineering merupakan sebuah konsep perkongsian komuniti yang berasaskan rasa tanggungjawab dan kepercayaan.

Aplikasi Life Engineering ditawarkan bagi pengguna iOS dan juga Android, namun buat masa kini hanya aplikasi bagi peranti Android sahaja yang sudah sedia untuk dimuat turun.