
[TERTIRIS] Xiaomi Mi 9 Dijangka Hadir Dengan Tiga Lensa Utama, Dijana Snapdragon 855
Xiaomi sememangnya terkenal sebagai sebuah syarikat yang menawarkan telefon pintar dengan pelbagai spesifikasi premium di samping penawaran harga yang murah.
Selepas melangkaui penjenamaan Mi 7 kepada Mi 8 bersempena dengan ulang tahun Xiaomi yang ke-8, syarikat itu dilaporkan akan membawa pewaris baharu iaitu Xiaomi Mi 9.
Bagi menghangatkan lagi keadaan, beberapa maklumat mengenai model berkenaan kini dikatakan sudah mula tertiris di internet. Menurut sumber, telefon ini bakal hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.4 inci di samping masih lagi mengekalkan rekaan takuk tetapi lebih kecil berbanding Mi 8.
Ia juga menyatakan ia mungkin dilengkapi dengan RAM sebesar 6/8/10GB, dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 855 (8150), bateri berkapasiti 3,700 mAh bersama fungsi pengecasan pantas Quick Charge 5.0 dan sokongan sambungan 5G. Sumber turut menyenaraikan, Mi 9 akan hadir dengan tiga lensa utama dan sistem imbasan cap jari terbina pada skrin.
Baca juga :
- Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi 8 Berbaloi Dimiliki?
- Xiaomi Mi 8 Kini Dilancarkan Harga Bermula RM1,599
- Perbandingan Spesifikasi POCOPHONE F1, ASUS ZenFone 5z, Xiaomi Mi 8 & OnePlus 6
- Pembukaan Rasmi Mi Store Di Pavillion, Kuala Lumpur – Bersama Pelancaran Mi 8 Pro & Mi 8 Lite
Pun begitu, senarai maklumat berikut hanyalah ‘rumors’ sahaja dan produk akhir mungkin tidak keseluruhannya akan sama. Apa-apapun sama-sama kita tunggu kehadirannya kelak!
[SUMBER]

