Miliki Xiaomi Mi 9T Dan Mi Band 4 Menerusi Xiaomi Global Store Di Shopee

Berita baik buat peminat jenama Xiaomi apabila peranti-peranti jenama ini seperti Mi 9T dan Mi Band 4 serta beberapa produk lain termasuklah Mi Phones, peranti pintar dan aksesori boleh dibeli dan dihantar terus dari China menerusi Xiaomi Global Store di Shopee.

[ Xiaomi Mi 9T Kini Sudah Rasmi, Dijual Pada Harga Bermula Dari RM1199 ]

Ini merupakan satu berita yang baik khususnya bagi mereka yang ingin membeli produk Xiaomi yang tidak terdapat di Malaysia seperti Mi Band 4 yang mana ia dilengkapi dengan 0.96 inci full colour AMOLED touch display dan 39.9% lebih besar berbanding versi terdahulu. Ia adalah kalis air yang mampu untuk bertahan pada kedalaman 164 kaki.

Ia mampu bertahan untuk 20 hari bagi sekali pengecasan. Turut dilengkapi dengan pemantauan kadar degupan jantung. Mi band 4 tersedia di Xiaomi Global store di Shopee bermula dari 20 Jun pada harga RM149.

Bersempena dengan Shopee Men’s Sale yang berlangsung sehingga 23 Jun ini, pembeli turut menerima baucer RM5 tanpa nilai perbelanjaan minimum yang mana ia hanya sah sepanjang kempen tersebut dan dengan pembelian di Xiaomi Global Store.

Dalam pada itu, bagi Xiaomi Mi 9T juga boleh turut didapati di Xiaomi Global Store. Tampil dengan spesifikasi berkuasa iaitu pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 730 serta 6GB of RAM dan storan sehingga 128GB pastinya membuatkan peranti ini sangat lancar penggunaannya.

Kamera juga sangat menakjubkan apabila ia hadir dengan Sony 48MP ultra high-resolution wide camera, 8MP telephoto camera, 13MP kamera sudut lebar serta kamera hadapan 20MP memberikan hasil gambar menakjubkan.

Bermula dari 27 Jun, pembeli boleh memiliki Xiaomi Mi 9T (6GB+128GB) pada harga RM1399 dan disertkan sekali dengan Redmi Air Dots (bernilai RM129). Bagi sesiapa yang mengikuti Xiaomi Global store di Shopee dan membeli Xiaomi Mi 9T, akan turut menerima Xiaomi Mi Compact Bluetooth Speaker 2 (bernilai RM49.90).

Bagi Mi Fans, bermula dari 20 Jun sehingga 30 Jun 2019, memohon JUNMOBILE30 untuk menikmati rebat sebanyak RM30 baucer apabila anda berbelanja sebanyak RM1000 didalam kategori Mobile and Gadgets. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Berita baik tidak terhenti disitu, pada 24 Jun, jadilah pembeli bertuah dengan membeli Xiaomi Mi 9T dengan hanya RM1 menerusi hadiah Terjamin (Guaranteed Prizes ) ‘One OR Not’. Jika pembeli adalah bukan pembeli terpilih, Shopee akan memulangkan RM1 ke dalam kredit kad mereka atau Shopee Wallet.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi, layari Xiaomi Official Store Global .

You might also like