

Dengan permintaan terhadap pengkomputeran berprestasi tinggi dan ketersambungan dengan kependaman rendah yang semakin meningkat, Open DC, peneraju dalam teknologi pusat data berprestasi tinggi, melancarkan PE2, pusat data generasi baharu berskala penuh pertama di Pulau Pinang. Mula beroperasi pada April 2025, PE2 direka untuk memenuhi permintaan terhadap ketersambungan dengan kependaman ultra-rendah dan pengkomputeran berprestasi tinggi, sekali gus meletakkan Pulau Pinang sebagai penggerak utama dalam ekonomi digital serantau. Kemudahan tercanggih ini memperkukuh komitmen Open DC dalam menyediakan infrastruktur inovatif dan bersedia untuk masa depan bagi memacu kejayaan perniagaan dan pertumbuhan mampan.
Terletak di kampus seluas 10 ekar di Bayan Lepas Technology Park, PE2 merupakan pusat data terbesar dan termaju di Pulau Pinang dengan kapasiti kuasa sebanyak 30MW. PE2 juga berkeupayaan untuk menyokong rak pelayan berkapasiti tinggi, dan memenuhi keperluan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dan Model Bahasa Besar (LLM). Dibina untuk menyokong beban kerja yang memerlukan kuasa pemprosesan tinggi, PE2 menawarkan kebolehskalaan yang tiada tandingan untuk perniagaan dalam dunia berasaskan data. PE2 juga memainkan peranan penting dalam merancakkan transformasi digital Pulau Pinang dengan menyediakan infrastruktur penting yang diperlukan untuk menyokong matlamat pendigitalan negeri. PE2 adalah selari dengan matlamat kelestarian Open DC menerusi penyediaan platform pertumbuhan yang cekap dan mesra alam dengan penggunaan tenaga solar dan sumber tenaga boleh diperbaharui.
Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, berkata: “Penubuhan PE2 merupakan langkah penting dalam usaha Pulau Pinang untuk menjadi sebuah ekonomi digital maju yang bersifat rendah karbon. Sebagai infrastruktur strategik utama, PE2 akan mempercepat pelaburan bernilai tinggi, merangsang inovasi dan meningkatkan daya saing global Pulau Pinang dalam teknologi generasi baharu. Ia juga mencerminkan impak inisiatif Penang Silicon Design @5KM+ yang semakin berkembang – satu lagi usaha kerajaan negeri dalam membina ekosistem bertaraf dunia bagi inovasi semikonduktor dan kecemerlangan digital. Justeru, kami mengalu-alukan pelaburan Open DC sebagai pemangkin utama dalam memacu pertumbuhan mampan berasaskan teknologi di rantau ini.”
PE2 turut mengintegrasikan nod pengangkutan Penang Internet Exchange milik DE-CIX Malaysia, membolehkan pertukaran trafik Internet tempatan yang pantas. Kesinambungan ini mengurangkan tahap kependaman, meningkatkan ketersambungan untuk penyedia telekomunikasi dan menyokong industri seperti teknologi, pembuatan dan kewangan. Daripada perusahaan berteraskan AI hinggalah kepada PKS yang sedang melalui transformasi digital, PE2 akan membantu sektor perniagaan untuk mendapat kelebihan daripada segi prestasi dan kebolehskalaan.
PE2 yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan lebuh raya utama, serta disokong oleh grid elektrik yang kukuh juga membantu memastikan ketersambungan yang lancar, daya tahan dan bekalan kuasa yang konsisten yang merupakan aspek-aspek kritikal dalam landskap perniagaan yang berdaya saing pada masa kini.
Pengarah Urusan Open DC, Weng-Yew Wong, berkata, “PE2 Pulau Pinang ialah pemacu perubahan besar untuk ekonomi digital Malaysia. Ia memperkenalkan pusat data generasi baharu berskala penuh pertama di Pulau Pinang untuk menyokong inovasi AI, teknologi awan dan Industri 4.0. Kami berbangga berpeluang membawa Pulau Pinang ke era baharu dalam aspek ketersambungan dan kelestarian. Di Open DC, kami komited untuk menyediakan infrastruktur yang membantu memacu kejayaan pelanggan-pelanggan kami. Teknologi termaju, lokasi strategik dan tumpuan pada aspek kelestarian menjadikan PE2 sebagai hab ideal untuk perniagaan yang ingin berkembang dalam era digital.”
PE2 mencerminkan misi Open DC untuk memperkasakan sektor perusahaan dengan penyelesaian termaju, mampan dan strategik, sekali gus mengukuhkan kepimpinan kami di rantau Asia Pasifik.
Dalam hal ini, kerjasama dengan InvestPenang membuka ruang kepada Open DC untuk memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem Penang Silicon Design @5KM+ (PSD@5KM+) melalui penyediaan penyelesaian pusat data yang boleh dipercayai, fleksibel dan selamat — direka khas untuk menyokong firma reka bentuk semikonduktor dan syarikat teknologi di rantau ini.
Dato’ Loo Lee Lian, CEO of InvestPenang, said: “Open DC berada pada kedudukan yang tepat untuk menjadi antara rakan teknologi dan rakan usaha sama dalam ekosistem PSD\@5KM+, menyediakan infrastruktur digital utama yang penting bagi inovasi generasi seterusnya. Sokongan infrastruktur seperti ini sangat kritikal dalam merealisasikan aspirasi bersama kita untuk ekosistem cip reka bentuk yang berkembang maju, serta menyokong visi ‘Cip Buatan Malaysia – Direka dan Dibangunkan di Pulau Pinang’. Rakan infrastruktur seperti Open DC amat penting dalam mencorakkan landskap masa hadapan yang bersedia dan dipacu inovasi dalam usaha kami untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi utama pelaburan teknologi maju.”
Selain daripada keunggulan teknikal, PE2 juga memanfaatkan perjanjian tenaga boleh baharu, teknologi solar dan sistem yang bersifat cekap tenaga — mencerminkan komitmen Open DC terhadap pembangunan hijau serta menyokong masa depan digital rendah karbon Pulau Pinang.

