Team 52 Merangkul Kejuaraan PMNC Malaysia Fall 2025; Membuktikan Tiada Yang Mustahil

PUBG MOBILE National Championship (PMNC) Malaysia Fall 2025 telah melabuhkan tirainya dengan aksi penuh mendebarkan yang menonjolkan kemahiran dan semangat juang luar biasa, sekali gus melonjakkan bakat baharu ke pentas eSukan serantau. Pasukan 52 dan AZ Slumber telah muncul juara, sekaligus melayakkan diri ke PUBG MOBILE Super League (PMSL) SEA Fall yang akan berlangsung di Thailand. Sebagai Rakan Rasmi Telefon Pintar bagi PMNC MY Fall 2025, TECNO memperkasa pertandingan dengan POVA 7 Ultra 5G.

Kejohanan ini menyaksikan penyertaan luar biasa daripada lebih seribu pasukan yang mewakili pelbagai kampus universiti dan organisasi amatur dari seluruh Malaysia. Para juara yang bercita-cita tinggi ini berentap sengit dalam pusingan kelayakan demi merebut tempat dalam kelompok 10 terbaik ke Grand Final. Pertarungan akhir menjadi lebih sengit apabila mereka berdepan pasukan ternama serta pencabar utama musim lalu: MAQNA ESPORTS CLUB (MEC) dan NEW ERA (NWE).

AZ Slumber bermula dengan langkah kanan apabila berjaya menduduki tempat pertama pada hari pertama, namun mahkota kejuaraan dirampas oleh MEC pada hari kedua. Pertarungan antara kedua-dua pasukan akhirnya berakhir dengan AZ Slumber mengutip mata keseluruhan yang lebih tinggi berbanding MEC, sekali gus mengesahkan tempat mereka ke PMSL SEA Fall 2025. Ini merupakan penampilan sulung mereka di kejohanan serantau, dengan pemain seperti LEX, CZ dan RUSH yang telah lama mencari peluang untuk menyerlah sejak PMNC 2024.

Walaupun hanya berada dalam kelompok 5 teratas pada Hari Ketiga, Team 52 bangkit ke puncak dengan membuktikan kehebatan mereka apabila mencapai pencapaian ‘Smash Rule’ di penghujung hari dan dinobatkan sebagai juara. Ini merupakan kali kedua Team 52 merangkul gelaran juara PMNC, namun kali ini dengan barisan pemain baharu. Barisan ini terdiri daripada wajah-wajah yang tidak asing: KIDDO dan MANZY, yang sebelum ini bersama MEC di PMSL SEA musim lalu, serta bekas pemain Homebois, HELTON, seorang lagi veteran PMSL yang kini memimpin pasukan. Mereka telah membuktikan diri sebagai antara pasukan terbaik dan kini akan berpeluang menentang pasukan elit rantau ini dalam kejohanan akan datang.

Bekas pemain TODAK, RILL telah menyertai MEC dan menyerlah sepanjang kejohanan apabila dinobatkan sebagai MVP musim ini. Walaupun gagal meraih slot kelayakan, beliau berjaya mengatasi semua pemain veteran dan pendatang baharu dalam PMNC kali ini, menjadikannya antara pemain terkuat musim ini.

Eugene Chin, Pengurus Negara (Malaysia) Tencent Games, berkata, “Sungguh mengujakan melihat bakat-bakat hebat yang menyerlah melalui kejohanan ini. PUBG MOBILE National Championship diwujudkan untuk menyemai bakat tempatan dan membuka peluang supaya mereka dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Tahniah kepada semua pemenang dan semoga berjaya di PMSL SEA Fall 2025.”

PUBG MOBILE National Championship (PMNC) MY Fall 2025 dianjurkan oleh PUBG MOBILE. Untuk maklumat lanjut mengenai PUBG MOBILE, sila layari platform rasmi PUBG MOBILE:

PUBG MOBILE Malaysia PagePUBG MOBILE ESPORTS Malaysia Page 
Facebook: PUBG MOBILE MalaysiaFacebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia
Instagram: @pubgmobilemyofficialInstagram: @pubgmobile.esports.my
TikTok: @pubgmofficialmyTikTok: @pubgmobile.esports.my
Youtube: PUBG MOBILE Malaysia
You might also like