Samsung Bakal Perkenalkan Warna Polaris Blue Untuk Galaxy S9 Dan Galaxy S9+ Di Eropah!

669

Sebelum ini, Samsung telah memperkenalkan warna baharu bagi Galaxy S9 dan Galaxy S9+ iaitu Ice Blue untuk pasaran China dan Korea Selatan.

Terbaru, warna baharu ini bakal diperkenalkan untuk pasaran di Eropah pada Disember nanti, tetapi akan dikenali sebagai warna Polaris Blue. Walaupun hadir dengan nama berbeza, ia masih menawarkan efek warna yang sama iaitu biru ke putih.

Jika sebelum ini, kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan memori dalaman sebesar 128GB, tetapi bagi warna Polaris Blue untuk pasaran Eropah pula menawarkan storan lebih kecil iaitu hanya 64GB sahaja.

Samsung Galaxy S9 dalam warna baharu ini akan dijual pada harga €849 (kira-kira RM4,029), manakala Galaxy S9+ pula ditawarkan pada harga €949 (kira-kira RM4,503).

[SUMBER]