Sony Menawarkan Earphone Tanpa Wayar WI-C600N Kepada Pencinta Muzik!

Sony Malaysia telah memperkenalkan sebuah earphone tanpa wayar yang dikenali sebagai WI-600N untuk mereka yang gemar mendengar muzik walau di mana sahaja berada.

Jika dilihat pada rekaan fon kepala ini, ia mirip seperti model WI-1000X yang diperkenalkan sebelum ini, tetapi menampilkan rekaan yang lebih segar dan ringan. Menawarkan mod Ambient Sound, earphone ini menyokong NFC serta sistem pembatalan bunyi yang lebih baik berbanding model terdahulu.

Bukan itu sahaja, Sony WI-C600N turut dilengkapi sebuah mikrofon bagi membolehkan anda mengakses Google Assistant dan Siri. Tempoh mendengar lagu ialah sekitar 6.5 jam, sementara masa mengecas sekitar 2.5 jam yang boleh dicas menggunakan kabel USB Type-C.

Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Grey dan Blue, Sony WI-C600N akan berada di pasaran tempatan pada Januari 2019 dan harganya masih belum diumumkan secara rasmi. Sama-sama nantikan!

You might also like