Xiaomi Malaysia Membuka Tempahan Mi 6 Dan Mi Max 2 Bermula Hari Ini!

Kami pasti anda tidak sabar-sabar menunggu kehadiran Xiaomi Mi 6 dan Xiaomi Mi Max 2 di Malaysia. Oleh itu, Xiaomi Malaysia secara rasminya sudah membuka tempahan untuk kedua-dua peranti bermula tengah malam tadi.

Selain itu bagi peminat yang berada di wilayah utara Semenanjung, anda boleh mengunjungi Mi Premium Reseller, Queensbay Mall, Penang bagi mendapatkan peranti flagship Xiaomi terbaru ini. Bagaimanapun kepada anda yang diluar kawasan, sesi pra-tempah telah dibuka secara atas talian di laman Mi Store eksklusif di Lazada.

Harga RM1,899

Peranti Xiaomi Mi 6 hadir dengan pemproses Snapdragon 835, RAM sebesar 6GB dan storan seluas 64 atau 128GB. Skrin di hadapan diletakkan bersama LCD IPS bersaiz 5.15 HD penuh. Disamping itu, dwi kamera 12+12 Megapiksel di belakang turut dipadankan dengan kamera 8 Megapiksel di bahagian depan. Bateri yang dimuatkan pula berkapasiti 3,350mAh sudah cukup untuk membekalkan kuasa seharian.

Harga RM1,199

Sementara itu, model pertengahan pula diwakili oleh Xiaomi Mi Max 2 dimana ia menerima paparan sentuh sebesar 6.44 inci HD penuh. Ditambah pula, cip berkuasa Snapdragon 625 bersama RAM 4GB, dan ROM 64GB menjadikan ia sebuah phablet yang cukup berkuasa. Bagi melengkapkan peranti, Xiaomi telah meletakkan kamera utama 12 Megapiksel dan kamera 5 Megapiksel di panel depan. Kesemuanya mendapat janaan kuasa dari bateri sebesar 5,300mAh dengan teknologi pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

You might also like