Xiaomi Mi Max 2 Dilancarkan Bersama Bateri Lebih Besar 5300mAh

Seperti apa yang diumumkan oleh syarikat dari China ini, Xiaomi telah melancarkan peranti Mi Max 2 yang hadir dengan bateri berkapasiti 5300mAh dan paparan skrin besar 6.44 inci.

Pengalaman menonton ditambah pula dengan sistem audio stereo yang akan diaktifkan secara sendiri apabila dipegang secara landskap. Kesukaran untuk menggunakan paparan yang besar tidak menjadi masalah kerana antaramuka MIUI membantu dengan kehadiran ‘One Handed Mode’, malah ciri ‘Split Screen’ juga boleh digunakan untuk membuka dua aplikasi dalam satu-satu masa.

Bateri Mi Max 2 yang besar juga dapat menyediakan penggunaan sehingga 18 jam masa menonton dan sehingga 57 jam masa berbual. Masa mengecas yang pantas turut dibantu dengan Quick Charge 3.0 melalui sambungan USB Type-C. Set cip 14nm Snapdragon 625 diletakkan bersama-sama RAM 4GB dan storan 64GB atau 128GB.

 

Contoh Hasil Gambar

Spesifikasi
  • paparan 6.44 inci HD penuh
  • bateri 5300mAh, Quick Charge 3.0
  • kamera belakang 12MP Sony IMX386 1.25µ
  • kamera depan 5MP lensa lebar 85° Beautify
  • Android Nougat / MIUI 8
  • Qualcomm Snapdragon 625 lapan teras 2.0GHz
  • RAM 4GB, storan 64GB / 128GB (microSD sehingga 128GB)
  • Pengimbas cap jari
  • IR Blaster
  • Speaker Stereo
  • Kerangka logam
  • Dimensi 174.1 x 88.7 x 7.6mm
  • Berat 211g
  • Warna Gold
Xiaomi Mi Max 2 dijual di pasaran China bermula 1 Jun 2017 dengan harga RMB1,699 (lebih kurang RM1,058).
You might also like