
Lenovo Tech World 2016 : Moto Z Flagship Modular Daripada Motorola
https://www.youtube.com/watch?v=XRv-UdphetQ
Motorola telah berhijrah kepada sesuatu yang baru untuk menjadi lebih baik. Selepas Sony meninggalkan huruf Z dan mengambil X untuk peranti terbarunya, Motorola pula meninggalkan X untuk menggunakan Z. Pada majlis Lenovo Tech World 2016, Motorola telah mengumumkan peranti terbaru mereka iaitu Moto Z
Jika dilihat daripada spesfikasi Moto Z, ia sama seperti model smartphone flagship masa ini di mana ia menawarkan pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4GB, memori dalaman sehingga 64GB, dan slot kad microSD sehingga 2TB.
Moto Z tampil dengan paparan skrin QHD sebesar 5.5″ dan telah dibekalkan oleh bateri sebesar 2600mAh, dari segi fungsi kamera turut menyediakan sokongan 13 Megapiksel pada kamera utama dengan OIS dan Aperture f1.8, sementara kamera hadapan pula beresolusi 5 Megapiksel dengan aperture f2.2.
Sebuah lagi model yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Moto Z Force yang memfokuskan kepada ketahanan skrin, di mana ia menyokong teknologi ShatterShield yang kalis retak. Moto Z Force juga menawarkan kamera utama beresolusi 21 Megapiksel.
- Lenovo Tech World 2016 : Lenovo Phab2 & Lenovo Phab2 Plus Model Alternatif Untuk Lenovo Phab Pro
- Lenovo Tech World 2016 : Lenovo Phab 2 Pro Smartphone ‘Tango’ Pertama Diperkenalkan
- Lenovo Tech World 2016 : Moto Mods, Modul Untuk Fungsi Tambahan
- Lenovo Tech World 2016: [KONSEP] Lenovo Memperlihatkan Smartphone Boleh Diubah Menjadi Gelang Tangan & Tablet Diubah Ke Smartphone