World Backup Day – Hari Pengguna Menyalin Data Ke Storan Awan

Hari Backup Sedunia yang disambut setiap tahun pada tanggal 31 Mac merupakan hari dimana semua pengguna peranti pintar dan komputer di dunia menyalin data ke ruangan storan awan. Kita sedar bahawa data seperti gambar, video, dan fail yang disimpan berisiko untuk hilang atau rosak di masa akan datang.

Bersempena dengan Hari Backup Sedunia pada hari ini, apa kata anda ambil inisiatif dengan membelanjakan wang untuk mendapatkan alat yang boleh menyimpan segala kandungan yang dimiliki untuk kegunaan atau tatapan masa hadapan dengan lebih selamat. Malah, sekiranya peranti yang menyimpan gambar dan video kenangan bersama keluarga hilang, cara ini sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kami ada beberapa senarai produk pemacu storan yang boleh diketengahkan, dengan harapan ia sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan mengikut kesesuaian masing-masing.

WD My Passport merupakan pemacu storan yang mudah dibawa dan disimpan. Saiz yang kompak membolehkan pengguna meletakkannya di dalam poket dan ia ditawarkan dengan kapasiti storan sehingga 4TB. Ia juga mudah digunakan hanya melalui sambungan wayar ke komputer. Warna-warna ceria yang ditawarkan sekaligus memudahkan ia dilihat tanpa perlu menghilangkannya.

Selain itu, bagi mereka yang inginkan pemacu storan yang lebih besar, mereka boleh dapatkan WD My Book yang menyokong sehingga 8TB. Saiz tubuh pemacu ini tidaklah sekecil saiz sebuah powerbank, tetapi ia boleh dikatakan cukup kecil jika dibandingkan dengan sebuah CPU. Model ini sangat sesuai kepada pengguna berat komputer dalam pemindahan data bersaiz besar. Misalnya, pengguna bebas untuk memuat naik kandungan video berkualiti 4K tanpa perlu risau kehabiasan ruang storan.

Akhir sekali dalam senarai kami ialah, WD iXpand Base. Ia direka khusus kepada mereka yang gunakan telefon pintar iPhone. Direka seperti dok pengecas tanpa wayar, pengguna yang ingin memindahkan atau menyalin data daripada iPhone boleh membuat sambungan kabel terus kepada iXpand Base. Dalam masa yang sama, bateri pada iPhone juga akan dicas.

Ketiga-tiga produk yang dipilih adalah daripada produk keluaran Western Digital. Seperti sedia maklum, produk keluaran syarikat ini sangat berkualiti dan dipercayai, tidak hairanlah ia sering menjadi pilihan setiap pengguna di serata dunia.

Reviu Eksklusif: SanDisk iXpand Base, Mengecas iPhone Sambil Menyalin Gambar

You might also like