
Kekurangan ruang storan pada peranti iPhone sering menghantui pengguna. Menyimpan atau backup data melalui iCloud hanya terhad kepada 5GB untuk setiap pengguna iPhone. Bagi mendapatkan storan yang lebih besar, pengguna iPhone dikehendaki menyewa storan awan dengan cas yang tidak munasabah. Namun, ada segelintir pengguna sahaja yang menyewa storan di dalam iCloud secara bulanan tetapi jumlahnya agak kecil.
Memindahkan fail daripada iPhone ke iCloud memerlukan sambungan internet. Jika saiz fail yang dipindahkan besar sudah tentu data internet yang diperlukan agak banyak. Jadi, cara yang terbaik dengan mengeluarkan wang hanya sekali, anda disarankan untuk menggunakan storan fizikal seperti SanDisk iXpand Base.
Ia sebuah alat penyimpan gambar, video dan kontak, direka khusus untuk pengguna iPhone yang inginkan ruang simpanan tambahan. Pengguna tidak perlu sambungan internet bahkan ianya boleh dilakukan dengan hanya menyambungkan iPhone menggunakan kabel. Dalam masa sama, ia juga boleh mengecas peranti dengan lebih cepat.
1) Rekaan

Binaan logam di bahagian bawah dan getah silikon di bahagian atas menjanjikan kemasan luaran yang premium, sekaligus memberikan cengkaman apabila diletakkan di atas meja.

Getah di bahagian atas sebenarnya direka untuk memudahkan pengguna menyelitkan wayar daripada berselirat. Selain itu, ia juga dapat memegang peranti daripada terjatuh.
2) Backup Secara Automatik
Sebaik iPhone disambungkan kepada iXpand Base, dok ini akan berfungsi secara automatik dengan memindahkan semua fail seperti gambar, video, dan kontak. Untuk proses pemindahan fail, ianya hanya berjaya sekiranya pengguna menyambungkan iXpand Base dengan sumber kuasa pada soket di dinding.
3) Memudahkan Pemindahan Fail Ke iPhone Baharu
Jika anda bercadang untuk menukar iPhone lama kepada iPhone yang baharu tetapi risau akan gambar kenangan yang tidak dapat dialihkan, SanDisk iXpand Base boleh memberikan ketenangan minda. Ini kerana sebaik iPhone baharu disambungkan kepada iXpand Base, kesemua gambar, video dan kontak yang telah disimpan akan dipindahkan serta merta.
4) Pengecasan Pantas 15W

Pengguna kini boleh menjimatkan masa mengecas kerana dok ini didatangkan dengan ciri teknologi pengecasan pantas.

Ia tidaklah sepantas menggunakan adapter khusus tetapi dengan adanya ciri ini, ia jauh lebih baik daripada menggunakan adapter standard.
5) Sesuai Digunakan Di Kebanyakan Peranti iOS

iXpand Base direka khusus untuk pengguna peranti jenama Apple. Oleh itu, antara model peranti yang menyokongnya ialah iPhone 5 dan ke atas, iPad 4, iPad Air 2 dan iPad Mini. Tidak lupa, peranti ini juga perlu dioperasikan oleh iOS 10 dan ke atas.
6) Berasaskan Kad Memori SD

iXpand Base merupakan dok mesra pengguna, ia didatangkan dengan kad memori SD yang boleh ditukar. Jika pengguna merasakan storan sedia ada masih tidak mencukupi, jangan risau kerana pengguna boleh menaiktaraf dengan menukar kad memori yang lebih besar. Maka, dengan cara ini pengguna dapat jimatkan wang daripada perlu membeli unit iXpand Base yang baru.
7) Aplikasi Mudah Pakai
Untuk melengkapkan proses pemindahan gambar, video dan kontak, pengguna perlu memuat turun aplikasi khas yang dipanggil iXpand Base. Ia sebuah aplikasi yang mudah digunakan dengan antaramuka tidak kompleks.
Antara yang boleh dilihat di dalam aplikasi ini ialah:



8) Saiz Storan

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan iXpand Base, dok ini hadir dengan tiga varian. Bermula dengan varian asas 64GB pada harga RM369, 128GB berharga RM529, dan varian yang teratas 256GB bertanda harga RM899 seunit.

Anda boleh beli di Apple Premium Reseller stores, laman e-dagang 11street, Lazada dan Shopee.
RUMSAN
Sepanjang kami menguji Sandisk iXpand Base, alat ini berfungsi dengan baik sekali. Ia mudah dibawa tetapi adapter yang bersaiz besar agak menjengkelkan untuk dibawa bersama, jika anda seorang wanita ia tidak menjadi masalah. Apabila dok ini diuji tanpa sambungan sumber kuasa, ia tidak berfungsi sama sekali. Kami mengharapkan ia dapat digunakan hanya di antara peranti iPhone dan dok sahaja.
Disebabkan harga jualan yang boleh dikatakan agak tinggi, kami mengharapkan Sandisk iXpand Base dilengkapi pengecasan pantas tanpa wayar. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan prestasi dan kecekapan yang dibawakan iXpand Base boleh dikagumi.


