Review Eksklusif: MMX Tampil Dengan 2 Produk Mengagumkan??!! jom Test!!

Anda suri rumah yang sentiasa sibuk melakukan kerja rumah atau seorang yang sudah penat apabila balik bekerja dan pulang ke rumah dan terpaksa membersihkan rumah dalam keadaan penat?? Jangan risau sebab min ada 2 produk yang sangat best yang min nak review hari ini!!! MMX Prime S7000 Wet & Dry 5KPA Laser App Smart Control Robot Cleaner dan MMX Aroma Max CM40 3-in-1 Capsule / Milk Frothing and Espresso Powder 20 Bar Coffee Machine.

Rekaan Yang Sangat Produktif Dan Mewah!!

Jika anda lihat sahat vacum ini, pasti anda sudah tertarik dengan rekaan-nya yang min boleh dikatakan sebagai produktif. Dengan bentuk yang membulat, ia mampu melaksanakan proses pembersihan di pelbagai jenis kawasan di rumah dengan sangat baik. Menariknya lagi, navigasi LIDAR yang terletak di tengah-tengah peranti ini memudahkan ia untuk mengesan dan melaksanakan proses mapping tersebut.  Selain ini, kualiti yang dipamerkan dari aspek material dan design peranti ini cukup memperlihatkan kemewahannya. Tampak lebih eksklusif dan bukan seperti vacuum yang sedia ada di pasaran.

Automatic Mapping Yang Serius Genius!!

Bagi korang yang malas nak men-vakum rumah sebab dah penat atau ada perkara lain yang perlu dilakukan di rumah, vacuum ini adalah penyelesaiannya kerana produk ini dihadirkan dengan auto mapping. Seperti yang kita tahu, produk ini boleh melaksanakan tugasan tanpa bantuan sesiapa. Vacuum ini dapat memetakan kawasan dalam rumah dengan baik tanpa sebarang lag. Jadi, ketika min menggunakan vacuum ini, kelancaran ketika produk ini melakukan tugasan sangat lancar. Ia  juga tampil dengan 4 mode yang berbeza iaitu Mode 1 yang merupakan keseluruhan rumah, Mode 2 Configured Zone, Mode 3 Pin & Go, dan yang terakhir Mode 4, Restricted Zone. Hal ini dapat terlaksanakan disebabkan oleh kehadiran fungsi LDS Laser Scanning System yang mampu membuat melakukan mapping dengan baik.

Fungsi Wet Mopping Yang Unik!

Apa yang menarik minat min mengenai produk ini adalah keunikkan fungsi Wet Mopping. Produk ini tampil dengan kaedah terbaharu mengemop iaitu dengan menggunakan bentuk Y bagi sapuan kedepan dan kebelakang. Yang baik mengenai ini adalah ia mampu membantu membersih dengan lebih baik berbanding vacuum yang lain. Dibantu dengan kapasiti tank yang agak besar untuk saiz vacuum ini, ia sangat membantu untuk menambahkan lagi keupayaan Wet Mopping peranti ini. Dihadirkan dengan 350ML Water Tank pasti dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Pengecasan Automatik Yang Giler Mudah!!!!

Anda pasti bosan kan setelah melakukan proses pembersihan dan ingin mengecas peranti tersebut,?? Jangan risau kerana peranti ini dilengkapi dengan AutoCharge. Setelah peranti ini kehabisan bateri, anda tidak perlu bersusah payah untuk mengangkat peranti ini untuk di cas kerana ia boleh melakukannya sendiri. Ia boleh pulang semula port pengecasan. Setelah di cas penuh, peranti ini akan pergi ke lokasi terakhirnya dan menyambung kembali tugasannya.

Kawalan Mudah Menggunakan Aplikasi Pintar!!!

Apa yang best mengenai peranti ini adalah kita boleh mengawal peranti ini dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon pintar anda. Yang seronok mengenainya, anda boleh menjadualkan waktu pembersihan, melaraskan kuasa sedutan, dan ia juga boleh disambungkan dengan smart home device iaitu Alexa dan Google Home. Jadi, anda tidak perlu lagi sentiasa memantau peranti ini melakukan tugasan pembersihan kerana ianya boleh dilaksanakan dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon pintar anda.

——————————————————————————————————————————————————————–

Milk Frothing and Espresso Powder 20 Bar Coffee Machine.

Satu lagi produk dari MMX yang pastinya buat suri rumah dan peminat kopi tidak keruan yang mana mereka hadir dengan mesin  Milk Frothing and Espresso Powder 20 Bar Coffee Machine. Sesuatu yang menarik apabila mesin kopi ini pastinya membuatkan anda teruja untuk membuat kopi setiap hari. Min dapat mencuba juga mesin ini dan ini pandangan min terhadap mesin ini.

Rekaan Tahan Lasak & Premium!!

Jom kita lihat terlebih dahulu reka bentuk mesin ini apabila ia dihadirkan dengan rekaan yang bagi min sangat baik. Ia tampil dengan material stainless steal yang pastinya dapat bertahan dalam pelbagai jenis persekitaran. Tampil dengan warna hitam dan silver ini pastinya membuatkan ia tampil dengan sentuhan premium pada mesin ini. 

Satu perkara menarik apabila steam wand pada mesin ini adalah boleh laras yang memudahkan pengguna. 

Selain ini Touch control panel ia juga tampak lebih kemas dan mesra pengguna apabila ia berada di permukaan hadapan mesin ini. Tampil dengan beberapa butang kawalan antarannya Power On/Off, One cup, Two Cup dan Steam.

Kawalan Lebih Mudah & Selamat

Buat yang tidak mengetahui , mesin ini adhir dengan 220-240V, 50-60Hz, 110W ditampilkan dengan 20 bar pressure pump yang berkuasa. Jadi pastinya keselamatan juga perlu dititik beratkan. Tapi jangan risau kerana mesih ini hadir dengan Overheat dan overpressure Protection yang membuatkan korang boleh membuat kopi tanpa perlu rasa bimbang. Kopi yang dibuat pasti akan lebih enak dan lazat. Buat itu sahaja, ia juga turut dihadirkan dengan manual Brewing dan manual Stop function yang bagi min saya memudahkan bagi mereka yang ingin membuat kopi yang lazat di rumah. 

Menariknya juga, anda boleh melaraskan air panas dan steam know pada mesin ini yang memboleh anda membuat kopi mengikut citarasa anda kerana kawalan di tangan anda. Bak kata pepatah barulah rasa air tangan korang tu.

Nak Bersihkan Juga Lebih Mudah!!!

Kalau nak tahu, mesin ini langsung tidak menyusahkan korang kalau korang nak bersihkannya. Kalau korang tengok, drip trail yang hadir pada mesin ini adalah boleh tanggal dan ini membuatkan bagi korang untuk membersihkannya dengan hanya membukanya sahaja. Tak perlu nak bersusah-payah lagi.

Ia turut dihadirkan dengan 1.5L tangki air yang transparent yang boleh ditanggalkan. Jadi ketika anda mahu membersihkan tanki ini, jangan risau kerana anda boleh cabut, dan bersihkan dan pasang semua. Kualiti air anda pasti berada di tahap yang baik untuk menghasilkan kopi yang terbaik dari MMX.

Apa kata Editor

Secara keseluruhannya, kedua-dua produk dari MMX ini memberikan fungsi yang baik tidak kiralah sama ada dari aspek pembersihan, kualiti reka bentuk, fungsi keselamatan mahupun keselamatan ketika menggunakannya. Apa yang lebih penting, MMX menjanjikan kualiti produk yang terunggul buat semua penggunanya yang mampu membuatkan hidup korang lebih senang dan rileks!!!! Jadi, Kedua-dua produk ni min kasi 5 Bintang!!!!! Jadi klik pada pautan ini untuk membeli peranti ini.

MMX Prime S7000 Wet & Dry 5KPA Laser App Smart Control Robot Cleaner

MMX Aroma Max CM40 3-in-1 Capsule / Milk Frothing and Espresso Powder 20 Bar Coffee Machine.

You might also like