
[Tertiris] Gambar & Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5 & Redmi Note 5 Pro
Xiaomi Malaysia sudah dikenali dengan peranti yang menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding jenama lain. Hari ini, tertiris gambar pula dua model terbaru yang diberi nama Redmi Note 5 dan Note 5 Pro yang akan diperkenalkan di India esok (14 Februari 2018).
Salah satu ciri utama yang diutamakan pada Redmi Note 5 Pro ialah penggambaran utama dwi kamera yang didatangkan dengan sensor 12MP + 5MP bersama bantuan LED flash. Kamera swafoto pula beresolusi 20 Megapiksel dengan sokongan LED flash serta mod Beauty 4.0. Manakala Redmi Note 5 pula menyokong kamera utama 12 Megapiksel dengan kamera swafoto 5 Megapiksel dengan bantuan LED flash serta mod Beauty 3.0.
Xiaomi Redmi Note 5 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 636, ia hadir dalam tiga varian berbeza, 3GB RAM + 32GB ROM, 4GB RAM + 64GB ROM dan 6GB RAM + 64GB ROM. Manakala Redmi Note 5 pula dihidupkan oleh cip set Snapdragon 625 serta ditawarkan dalam dua varian yang berbeza iaitu 3GB RAM + 32GB ROM dan 4GB RAM + 64GB ROM.
Dipadankan bersama skrin berukuran 5.99 inci FHD+, kedua-duanya dilengkapi bateri sebesar 4000mAh. Untuk sistem keselamatan, pengimbas cap jari yang pantas telah diposisikan di bahagian tengah kerangka bodi.
Melihat spesifikasi ini, pasti ramai dikalangan anda sudah berminat bukan? Kita tunggu sahaja peranti ini dibawa masuk ke Malaysia kelak.

