
Bocor Lagi, OPPO F11 Pro Bakal Hadir Dengan Rekaan Pop-Up Kamera
Bocor dan bocor lagi…Kini, muncul satu lagi berita menarik ingin kami kongsikan mengenai OPPO F11 Pro yang mana peranti ini dilihat bakal hadir dengan rekaan pop-up kamera bersama ketersediaan dwi kamera utama (disusun menegak) pada panel belakang. Selain itu, pengimbas cap jari turut terbina pada bahagian belakang.
F Series upgraded,
in more ways than one. ⬆️📸 #OPPOF11Pro coming soon. pic.twitter.com/9K0o9OpJGo— OPPO (@oppo) February 15, 2019
Appearances are often misleading. 👼
Reveal your true self, with a #BrilliantPortrait. 😈#OPPOF11Pro is coming soon. 🥊 pic.twitter.com/GBKrgaHHOq— OPPO (@oppo) February 17, 2019
Perkara ini didedahkan sendiri oleh pihak OPPO menerusi beberapa video acah yang dimuat naik melalui laman Twitter rasmi mereka.Pun begitu, OPPO masih lagi berteka teki mengenai tarikh pelancaran rasminya! Sama-sama kita tungguuu~

