
Video Acah OPPO F11 Pro Muncul Di Media Sosial – Hadir Dengan Lensa 48MP
Atmosfera dunia telefon pintar semakin PANAS! OPPO kini muncul dengan video penggoda yang menunjukkan bahawa telefon terbaru mereka iaitu OPPO F11 Pro bakal dilengkapi kamera 48MP.
They say a picture is worth a thousand words.
We say a #BrilliantPortrait is worth even more.RT if you're set for the new #OPPOF11Pro, launching soon. pic.twitter.com/5ZyAirvzPf
— OPPO (@oppo) February 13, 2019
Perkara ini didedah oleh OPPO sendiri menerusi laman Twitter rasmi mereka. Video berkenaan turut mendedahkan OPPO F11 Pro mengutamakan keupayaan gambar dalam pencahayaan rendah – dijangka dilengkapi mod malam yang menyokong teknologi AI.

Pun begitu, OPPO dilihat masih berteka-teki mengenai maklumat lain termasuklah tarikh pelancaran untuk model tersebut. Apa-apapun sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk info terkini!
[SUMBER]

