Serangan Ransomware “WannaCry” Tersebar Di Setiap Pelusuk Dunia

Ransomware yang terbaru dikenali sebagai WannaCry, ialah suatu serangan siber, ia dilakukan untuk mengunci fail data di dalam komputer yang disebarkan melalui pautan e-mel apabila pengguna memuat-turun fail yang tidak dikenali. Selepas itu, penyerang siber ini akan meminta wang sebanyak USD300 (kira-kira RM1,301) untuk membuka atau akses kepada fail yang telah dikunci tersebut.

Laporan BBC menunjukkan serangan di serata dunia

Serangan ini telah melumpuhkan beberapa sistem di dalam syarikat di 150 negara setakat ini. Jurucakap Polis Eropah (Europol) menyatakan bahawa serangan ini masih stabil dan tidak terjejas teruk. Di negara Asia pula, kebanyakan pejabat telah ditutup pada hari jumaat. Sementara serangan WannaCry ini baru bermula pada hari tersebut, menjadikan keadaan tidak begitu teruk.

Serangan berlaku di sistem pengankutan kereta api di Jerman

Dikatakan penyerang akan mengandakan jumlah bayaran jika ia tidak dijelaskan secepat mungkin. Menurut Microsoft, serangan ini telah menjejaskan ratusan ribu buah komputer seluruh dunia. Antara organisasi yang menjadi sasaran ialah rangkaian perkhidmatan rel Jerman (Deutsche Bahn), pengendali telekomunikasi Sepanyol (Telefonica), syarikat logistik terbesar (FedEx) dan Kementerian Dalam Negeri, Russia.

Kuala Lumpur pun sudah “dijangkit”?!
Siapakah Dalang Disebalik Serangan Ini?

Sesetengah penyelidik keselamatan sektor swasta mengatakan, mereka telah melihat beberapa persamaan antara beberapa kod dalam serangan baru-baru ini dan ia ada kaitan dengan Korea Utara pada sebelum ini. Selain itu, Pegawai keselamatan di UK, bagaimanapun, berkata mereka tidak pernah melihat apa-apa yang mereka anggap sebagai bukti kukuh melibatkan mereka (Korea Utara).

Siapapun mereka yang menyerang, ini dianggap perompak celik yang menjana pendapatan untuk keuntungan sendiri.

You might also like