- Iklan -

Telefon Xiaomi Dengan Pengecasan Pantas 27W Melepasi Pensijilan 3C; Adakah Berkemungkinan Mi 9?

Terdahulu, CEO Xiaomi sendiri pernah mengesahkan bahawa Xiaomi Mi 9 bakal dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas. Kini, sebuah telefon misteri Xiaomi dengan kod nama (M1902F1A / M1902F1T) telah melepasi pensijilan 3C di China.

[BACA : [TERTIRIS] Xiaomi Mi 9 Dijangka Hadir Dengan Tiga Lensa Utama, Dijana Snapdragon 855 ]

Penyeneraian tersebut mendedahkan bahawa pengecas (MDY-08-ES) yang tersedia pada model tersebut membawakan sokongan pengisian pantas sehingga 27W – sekaligus mendedahkan ia boleh menjadi peranti perdana.

Nombor model M1902F1A / T terdapat sedikit persamaan dengan nombor model Xiaomi 8 (M1803E1A / T). Oleh itu, ramai membuat spekulasi kemungkinan besar telefon Xiaomi misteri tersebut boleh menjadi Mi 9.

[ BACA : Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi 8 Berbaloi Dimiliki? ]

Maklumat tertiris adalah ‘rumors’ semata dan masih belum dapat dipastikan kesahihannya. Mungkin kita akan menerima beberapa maklumat lanjut akan datang. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

You might also like