Xiaomi Mi A3 Kini Dilancarkan Bagi Pasaran Eropah – Hadir Dengan Sistem Tri-Kamera Dan Snapdragon 665

Xiaomi pastinya sebuah jenama telefon pintar yang sering mendapat perhatian peminat telah melancarkan 1 lagi peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Xiaomi Mi A3. Berbeza dengan peranti-peranti Xiaomi yang lain kerana ia hadir dengan berasaskan Android One.

Menariknya, peranti ini tampil dengan skrin bersaiz 6.08 inci dengan resolusi 720×1560 piksel. Dari aspek dalaman pula, ia dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 665. Turut hadir dengan 6GB RAM dan storan sebesar 64GB / 128GB.

Aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan sistem tri-kamera iaitu 48MP + 8MP (Ultra lebar) + 2MP(Depth) bagi kamera belakang. Manakala bagi kamera hadapan pula, ia hadir dengan dengan 32MP.

Xiaomi Mi A3 hadir dengan skrin 6.08-inci pada resolusi 720×1560 pixel, dijana cip Snapdragon 665, memori sehingga 6GB RAM, dan pilihan storan sehingga 128GB. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 4030mAh. Dari aspek keselamatan pula, ia hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin.

Peranti ini bakal dijual pada harga €249 (kira – kira RM1150) manakala bagi varian 128GB, ia bakal dijual pada harga €279 (kira – kira RM1289).

Peranti ini hanya dilancarkan bagi pasaran Eropah dan tiada lagi desas-desus bahawa peranti ini akan memasuki pasaran negara-negara lain.

_________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like