
Minggu lalu, Xiaomi CC9 telah melancarkan peranti terbaharu iaitu Xiaomi CC9. Bagi peminat di Malaysia yang ingin memiliki peranti ini, anda kini boleh membelinya di Mobile 2 Go di Malaysia.
Terdapat 2 varian Xiaomi CC9 yang dijual iaitu 6GB + 64GB yang berharga RM1298 manakala 1 lagi varian adalah 6GB + 128GB berharga RM1598. Namun unit ini adalah set import dari China kerana masih tiada versi global yang tersedia.
Model yang dijual ini mendapat jaminan selama 2 tahun dari Mobile 2 Go dan bukannya dari Xiaomi. Anda boleh membelinya di cawangan Mobile 2 Go di Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Spesifikasi telefon ini pastinya sangat baik apabila ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.39 inci dengan resolusi Full HD+. Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 710 dan disertakan 6GB RAM dan 64GB/128GB storan.
Kamera peranti ini juga sangat baik apabila hadir dengan 48MP + 8MP + 2MP bagi kamera belakang. Manakala 32MP bagi kamera hadapan. Kapasiti bateri juga sangat baik apabila ia dihadirkan dengan 4030mAh (USB-C).