Nokia Bakal Perkenalkan Nokia C20 Plus & C30 ?? – Bakal Hadir Dengan Kapasiti Bateri Sehingga 6000mAh?

Ada satu desas-desus mengenai peranti daripada Nokia yang mana mereka bakal memperkenalkan peranti baharu yang mugnkin dikenali sebagai Nokia C20 Plus dan Nokia C30.

Jika dilihat daripada panel belakang, ia hadir dengan sistem dwi kamera yang disusun dalam bentuk membulat. Bagi C30, ia dilihat hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian panel belakang.

Apa yang lebih mengagumkan apabila kedua-dua peranti ini hadir dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu bagi C20 Plus ia hadir dengan kapasiti 5000mAh. Manakala bagi C30 pula, ia hadir dengan 6000mAh.

Belum ada lagi maklumat lain yang terdedah. Jadi, sama-sama kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak.

You might also like