
#Throwback Dengan NES Classic Edition
Aduh teringat zaman kanak-kanak bila tengok konsol terbaru dari Nintendo ni, zaman bermain konsol ni mungkin antara fasa yang paling best di dalam hidup. Bangun pagi pergi sekolah, balik sekolah main game pulak!
Sudah beberapa minggu ni nama Nintendo disebut-sebut orang seluruh dunia, mana tak nya, Pokemon Go memang menjadi satu fenomena di seluruh dunia, tapi entah bila nak masuk Malaysia, penat tunggu ni.
Yang paling baru Nintendo baru melancarkan konsol khas NES, kira macam versi istimewa yang akan membuatkan orang dewasa yang berjiwa remaja kembali teringat zaman mereka bermain konsol klasik ini.
NES Classic Edition dijual pada harga USD 59.99 (lebih kurang RM 236.54) dan terdapat 30 permainan yang terbina di dalamnya. Kalau ikut grafik dan konsep permainan memang tidak berbaloi, tetapi bagi mereka yang mementingkan nostalgia yang dibawakan konsol ini, ia sememangnya berbaloi dijadikan koleksi.

