Nilai Nintendo Meningkat 7.5 Bilion Hanya Kerana Permainan Pokemon GO

957
- Iklan -

4.2Lagi berita tentang Pokemon GO, nampaknya pembina aplikasi dan Pokemon Company boleh berbangga dengan pencapaian mereka. Permainan yang menggabungkan dunia virtual dengan topografi dunia nyata terbukti membuahkan hasil yang sangat lumayan, bukan sahaja mereka melonjak menatat sejarah menjadi aplikasi paling popular dalam masa hanya beberapa hari, malah ia mencatat keuntungan yang luar biasa.

Nilai Nintendo yang mempunyai saham dalam Pokemon Company kini melonjak naik sebanyak 7.5 bilion gara-gara populariti permainan Pokemon GO, dijangkakan bahawa nilai ini akan terus meningkat apabila Pokemon GO dilancarkan secara rasmi di negara-negara lain kelak.

Ketika ini hanya penduduk negara seperti US, New Zealand. Australia dan Jepun sahaja dapat bermain permainan ini. Bilakah agaknya giliran Malaysia? Hmmm…