
Had Baru Fail GIF Untuk Twitter
GIF merupakan salah satu cara yang terbaik dan menyeronokkan untuk anda berkongsi status, emosi dan reaksi ketika ber tweet. Namun kerap kali reaksi yang ingin ditunjukkan terbatas kerana Twitter meletakkan had fail GIF yang boleh dikongsikan, sudah sekian lama pengguna Twitter meminta agar had tersebut dinaikkan bagi membolehkan mereka berkongsi GIF yang lebih besar dan panjang.
Kini rayuan anda sudah dimakbulkan Twitter, mereka sudah pun mengumumkan bahawa had baru fail GIF adalah 15MB sekiranya anda tweet dari pelayar web desktop. Sekiranya anda menggunakan aplikasi mobil Android , iOS dan Windows Phone , anda masih terikat dengan had fail GIF sebanyak 5MB.