Machines Kini Menawarkan Jaminan Perlindungan Peranti 2 Tahun

Machines Malaysia selaku penjual premium Apple kini telah memperkenalkan pelan perlindungan peranti untuk para pelanggannya. Dikenali sebagai Machines Protection Plan (MPP), pelan perlindungan ini meliputi jaminan kerosakan tanpa sengaja disebabkan keretakan skrin atau dimasuki air.

Pelan MPP ini ditawarkan pada harga RM299 sehingga RM899 untuk setiap peranti yang berbeza. Pelanggan yang melanggan MPP pula akan diberikan sekali (1) penggantian skrin atau sekali (1) penggantian penuh peranti dalam tempoh dua tahun jaminan. Pelan ini boleh dilanggan di mana-mana cawangan Machines seluruh Malaysia apabila anda membeli produk baru Apple.

Tujuan MPP diperkenalkan ialah untuk memberi ketenangan minda kepada pembeli tanpa perlu risau akan kos baik pulih yang lebih tinggi. Menurut kajian yang dilakukan oleh Otterbox, sebanyak 29% pengguna di Malaysia mengalami kerosakan peranti tanpa sengaja untuk tiga bulan pertama. Manakala, 75% pula telah merosakan peranti mereka sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun yang lepas.

Senarai peranti yang ditawarkan MPP

Dengan adanya pelan MPP oleh Machines ini, pelanggan kini boleh mendapatkan iPhone idaman dengan jaminan dua tahun malahan boleh berjimat poket sekiranya peranti mengalami kerosakan di masa akan datang.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman sesawang Machines Malaysia.

You might also like