
Apple Membangunkan Sistem Antaramuka Mesra Pengguna Kidal
Tanpa kita sedari, seramai lebih kurang 12% manusia di muka bumi ini bergelut setiap hari untuk menggunakan pelbagai perkakasan, alatan dan juga mesin kerana anggota bahagian kiri mereka lebih dominan berbanding anggota kanan. Kebanyakan alatan, peranti dan produk di dunia lebih mesra pengguna kepada mereka yang menggunakan anggota kanan berbanding pengguna kidal.
Oleh itu, Apple sedang membangunkan sistem yang akan mengubah lanskap antaramuka bagi pengguna kidal bagi memudahkan mereka menggunakan peranti. Sistem ini akan mengesan tangan manakah yang memegang peranti dan secara automatik akan mengubah kedudukan ikon dan pelbagai lagi fungsi di dalam sistem operasi iOS untuk lebih mudah digunakan pengguna kidal.
Sistem seperti ini harus dijadikan contoh oleh semua pembangun teknologi, ini kerana sememangnya teknologi itu harus menaik taraf dan menyenangkan hidup semua pengguna.