ASUS ZenFone 6 Diperkenal – Sokong Kamera ‘Flip’ 48MP + Snapdragon 855 + 5,000 mAh

1136
- Iklan -

ASUS akhirnya memperkenalkan peranti baru mereka iairu ASUS ZenFone 6 kepada umum. Peranti ini dilihat direka dengan reka bentuk yang mengagumkan di samping penawaran terkini yang sangat baik.

ASUS ZenFone 6 membawakan paparan bersaiz 6.4″ IPS LCD dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 92%. Paparan peranti menggunakan Corning Gorilla 6 sebagai pelindung utama. Terdapat pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang peranti.

Enjin telefon ini dijana oleh Snapdragon 855 dan dibantu pilihan memori 6GB / 8GB bersama pilihan storan dalaman 64GB / 128GB / 256GB yang menyokong penyimpanan UFS 2.1. Terdapat ketersediaan slot kad MicroSD – boleh dikembangkan sehingga 2TB.

Salah satu titik unik pada peranti ini adalah kameranya. ASUS ZenFone 6 hadir dengan sokongan dwi kamera boleh flip – kamera boleh berfungsi sebagai kamera selfie. Resolusi yang digunakan adalah 48MP (Sony IMX586) (f/1.79) + 13MP (Ultra-lebar 125°).

Kamera ini mempunyai pelbagai ciri menarik termasuk PDAF, EIS, Super Night Mode, sokong RAW, pengesanan AI dan sebagainya. Untuk video, kamera ini menyokong rakaman dengan resolusi 4K pada 60fp (EIS) – walaupun dalam mod selfie. Ia juga mempunyai sudut khas 90° khas untuk mengambil gambar pada sudut baru tanpa tripod.

ASUS ZenFone 6 dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh + sokongan pengecasan Quick Charge 4.0 (18W). Menariknya, ia juga hadir dengan sokongan penggunaan Android asli. Tersedia dalam dua warna menarik, Midnight Black dan Twilight Silver – ia ditawarkan pada harga seperti berikut :

  • ASUS ZenFone 6 (6GB + 64GB) – €499
  • ASUS ZenFone 6 ​​(6GB + 128GB)- €559
  • ASUS ZenFone 6 (8GB + 256GB) – €599

Pun begitu, kita masih belum menerima sebarang makluman mengenai ketersediaannya untuk pasaran tempatan. Adakah kita akan mendengarnya kelak? Sama-sama kita tunggu dan kekal dengan eRing untuk info terkini!