
ASUS hari ini secara rasminya telah mengumumkan komputer riba gaming mereka yang paling berkuasa dan nipis, Zephyrus S GX701 ke pasaran Malaysia dengan harga jualan RM13,999.
Zephyrus S GX701 hadir dengan rekaan ultra slim di mana hanya senipis 18.7mm tebalnya, menjadikan ia komputer riba gaming paling padat di pasaran. Bezel senipis 6.9mm sekaligus memuatkan paparan 17.3 inci ke dalam badan bersaiz 15.7 inci, kadar segar masih kekal pada 144GHz dengan 3ms masa respond bersama teknologi NVIDIA G-SYNC.
Komputer riba gaming ini dilengkapi dengan pemproses Intel Core i7 8th, NVIDIA GeForce RTX 2080 Max Q, 24GB DDR4 RAM dan storan SSD PCIe 1TB. Sistem pencahayaan ASUS iaitu Aura Sync juga menerima peningkatan di mana sokongan per-key RGB membolehkan pengguna mengubahsuai LED RGB pada setiap kekunci mengikut kegemaran tersendiri.
ASUS ROG Zephyrus S GX701 boleh dibeli dengan harga jualan RM13,999, bersama setiap pembelian anda boleh mendapat sebuah ASUS ROG Backpack, tetikus ASUS ROG Gladius II dan kamera webcam ASUS ROG GC21 yang bernilai RM899.

