- Iklan -

Nikmati 88GB Hotspot & Kuota Internet Secara Percuma Dari Celcom Xpax & Berpeluang Memenangi iPhone 12 Pro!!!

Dalam semangat bersatu-padu dan saling menyokong sesama kita di saat negara sedang berusaha mengawal pandemik COVID-19, Celcom Axiata Berhad (Celcom) terus komited untuk menyokong pelanggan dengan ganjaran hebat dan pakej yang berpatutan, ketika mereka berada di rumah dalam tempoh yang mencabar ini. 

Di samping itu, sambutan Tahun Baru Cina yang dinanti di seluruh negara turut mendorong Celcom untuk menyediakan pengalaman digital terbaik di rangkaian 4G yang terluas serta tawaran eksklusif seperti kuota ‘hotspot’ 88GB PERCUMA dan kuota internet berkelajuan tinggi 88GB PERCUMA kepada pelanggan prabayar.  Manakala pelanggan pascabayar Celcom MEGA™ Family Lines boleh menikmati pilihan fleksibel ‘Mix and Match’ iaitu mana-mana 2 model telefon pintar, termasuk telefon pintar 5G dengan langganan pelan pascabayar mereka. 

Mulai hari ini sehingga 15 Mac 2021, Celcom Xpax menawarkan PERCUMA 88GB kuota Hotspot, yang sah selama 3 hari, bagi semua pelanggan prabayar yang baru melanggan pelan Celcom Xpax dengan pas Internet Tanpa Had RM12 Mingguan atau Tanpa Had RM35 Bulanan melalui aplikasi Celcom Life! 

Pelanggan prabayar yang sedia ada dengan Pas Internet 7-hari, 14-hari, atau 30-hari, akan menikmati kuota internet berkelajuan tinggi 88GB PERCUMA sah selama 3 hari melalui just4ME™ di aplikasi Celcom Life. Pelanggan Celcom Xpax dengan Pas Internet Tanpa Had juga boleh menikmati kuota Hotspot 88GB hanya dengan RM8.80  sah selama 8 hari. 

Selain itu, kesemua pelanggan prabayar Celcom Xpax boleh menyertai misi yang mudah melalui aplikasi Celcom Life bagi memperolehi ganjaran segera, dan terus memenuhi lebih banyak ‘misi’ untuk melayakkan mereka bertanding dan memenangi sebuah iPhone 12 Pro. Apabila setiap misi diselesaikan melalui log masuk kali pertama, atau log masuk harian sebanyak 15 kali di aplikasi Celcom Life, pelanggan prabayar layak menerima ganjaran seperti internet percuma, kredit percuma, dan tempoh sah percuma. Pelanggan juga akan mendapat satu penyertaan bagi memenangi hadiah utama iPhone 12 Pro apabila mereka telah menyelesaikan 6 misi. 

Manakala bagi pelanggan pascabayar Celcom XP Lite™ dengan pas M atau L yang dinaiktaraf baru-baru ini boleh menikmatiFacebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat tanpa had secara percuma selain daripada YouTube tanpa had percuma yang sedia ada.

Bagi memastikan ahli keluarga dapat terus berhubung dengan peranti terkini di pasaran, Pelanggan pascabayar Celcom MEGA™ Family Lines kini boleh mempunyai fleksibiliti untuk memiliki telefon pintar 5G dan 4G terkini di samping menikmati pengalaman internet berkelajuan tinggi! Tawaran ‘Mix and Match’ Celcom menawarkan pelanggan dengan 2 pilihan telefon pintar daripada 14 model berlainan, termasuk sebuah  telefon pintar 5G seperti Realme 7, Huawei Nova7se, Oppo Reno5 dan Samsung A52 berserta sebuah telefon pintar 4G hanya pada RM188 sebulan! 

Bagi maklumat lanjut berkenaan tawaran terkini dan eksklusif daripada Celcom, pelanggan boleh melayari laman sesawang kami di www.celcom.com.my atau www.celcom.com.my/xpax, dan juga laman Facebook dan Twitter Celcom.

You might also like