
Pra-Tempahan Sony Xperia 1 Mencecah RM4,500 Di UK?!
Sony Xperia 1 yang tampil lebih premium dan memfokuskan pada kelas atasan selain siri Xperia 10 dan Xperia 10 Plus yang baru sahaja diperkenalkan di MWC 2019, kini membuka pra-tempahan di UK dengan tawaran harga mencecah £849, kira-kira RM4,500
♠ Sekilas Pandang ♠ Xperia 1
Keistimewaan Xperia 1 bukan sekadar 4K OLED skrin yang memberi sokongan nisbah 21:9 CinemaWide, bahkan tiga kamera utama 12MP (f/1.6) + 12MP (f/2.4) + 12MP (f/2.4) Super wide-angle bersama sokongan rakaman Creator dan Cinema Pro juga merupakan salah satu ciri menarik yang mampu memberi kepuasan terunggul kepada pengguna.
Pelanggan yang membuat pra-tempahan hanya akan menerima peranti mereka mulai Mei, bermakna pasaran tempatan dalam jangka masa pendek ini tidak akan dibawa masuk? Buat masa kini masih tidak diketahui lagi, apa yang pasti harganya mungkin tidak akan mesra poket sangat.
[ SUMBER ]
___________________________
Baca Juga:
- MWC 2019: Tiada Lagi Siri XA! Siri Baharu Sony Xperia 10 & Xperia 10 Plus Diperkenal – Skrin 21:9 Wide Display Mengagumkan!
- Realme 3 Bertemu Pengguna Tempatan Pada 21 Mac 2019!
- Trade-In Smartphone Lama Anda, Dapat Samsung Galaxy S10 Baru! Bestnya…

