MWC 2019: Tiada Lagi Siri XA! Siri Baharu Sony Xperia 10 & Xperia 10 Plus Diperkenal – Skrin 21:9 Wide Display Mengagumkan!

Ramai peminat Sony yang sedang menunggu Sony Xperia siri XA dilancarkan,bukan?! Terkini dalam acara MWC 2019, Sony tidak menggunakan siri XA dalam pembangunan peranti seterusnya, sebaliknya diganti dengan siri Xperia 10 dan 10 Plus.

Kedua-dua peranti ini walaupun diletakkan pada kelas pertengahan, tetapi spesifikasi masih boleh dikatakan premium terutamanya penggunaan skrin yang lebih panjang mencecah nisbah 21:9, mampu memberi pengalaman menonton yang bertambah baik.

Sony Xperia 10

Sony Xperia 10 hadir dengan paparan skrin 6.0 inci FHD+, cip pemproses menggunakan Snapdragon 630 dengan bantuan 3GB RAM dan 64GB ROM, sokongan kad microSD sehingga 512GB tidak ketinggalan disediakan.

Jenama Sony terkenal dengan kuasa penggambarannya, siri ini tetap menggunakan dwi kamera utama 13MP (f/2.0) + 5MP (f/2.4), dan kamera hadapan 8MP serta menyokong rakaman video berkualiti 4K.

Sony Xperia 10

Peranti dengan kapasiti bateri 2870mAh ini dijual pada harga $399, kira-kira RM1,623. Ia terdapat dalam empat pilihan warna, antaranya Navy, Black, Silver dan Pink.

Beralih ke Sony Xperia 10 Plus, seperti nama yang diberi ia adalah versi “tinggi” kepada Xperia 10 di mana ia dilengkapi dengan paparan skrin 6.5 inci FHD+ yang menyokong Corning Gorilla Glass 5.

Sony Xperia 10 Plus

Xperia 10 Plus menggunakan cip pemproses Snapdragon 636, 4GB RAM dan 64GB ROM yang sama juga boleh memperluaskan storan kepada 512GB dengan kad microSD.

Kapasiti bateri lebih besar iaitu 3000mAh, bahagian kamera pula dilengkapi dwi kamera utama 12MP (f/1.75) + 8MP (f/2.4) bersama sokongan 2x Optikal Zum dan rakaman video 4K, manakala kamera hadapan pula 8MP (f/2.0).

Sony Xperia 10 Plus

Pilihan warna terdiri daripada Navy, Black, Silver dan Gold, ditawarkan pada harga jualan $499, kira-kira RM2,030.

♠ Sekilas Pandang ♠ Xperia 10 I Xperia 10 Plus

______________________________

♦ Ikuti laporan MWC 2019 di sini. ♦

 

 

You might also like