
Berita baik buat mereka yang berniat untuk mendapatkan peranti Honor ketika ini. Honor Malaysia baru sahaja mengumumkan harga runcit baru bagi model Honor 7 dan Honor 7 Enhanced.
Sebelum ini kedua-dua model dijual pada harga RM 1,399 dan RM 1,499, berikut adalah harga baru selepas diselaraskan:
Model | Harga Lama | Harga Baru |
Honor 7 | RM 1,399 | RM 1,199 |
Honor 7 Enhanced | RM 1,499 | RM 1,299 |
Peranti dengan harga baru ini akan berkuat kuasa mulai 26 September dan boleh didapatkan melalui VMall dan juga wakil penjual yang sah.
Jadi sabar ya, tak lama lagi anda mampu menikmati harga baru Honor 7 dan Honor 7 Enhanced!