Nubia Red Magic 3 Berharga RM2,199 – Eh, Biar Betul?!

Sebelum ini, Nubia Malaysia telah pun mengacah kehadiran pewaris baru iaitu Nubia Red Magic 3 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi – menerusi sebuah poster yang dikongsi menerusi laman Facebook rasmi.

Kini, muncul satu lagi kejutan apabila penjual tempatan, Direct D mula membuka sesi pra-tempahan untuk peranti tersebut. Memetik posting di laman Facebook Direct D, Nubia Red Magic 3 tersebut ditawarkan pada harga RM2,199 (8GB RAM + 128GB ROM).

Difahamkan, pembeli perlu meletakkan deposit sebanyak RM500 untuk setiap pra-tempah yang dibuat dan ia didatangkan dengan jaminan waranti 1 tahun daripada Nubia Malaysia. Memetik Direct D lagi, peranti ini dijangka tiba pada 21 Jun 2019. Bagi yang berminat, anda boleh KLIK PADA PAUTAN INI.

https://www.facebook.com/directdteam/photos/a.241539879277516/2222885591142925/?type=3&theater

You might also like