
Peranti Apple selain terkenal dengan kualitinya yang unggul, apa lagi benda yang menjadi topik di kalangan orang ramai? Apa lagi, tentunya tawaran harga yang sangat tinggi, mencecah RM4000 untuk mendapatkannya! Bukannya semua orang mampu milik walaupun minat sangat, betul tak?!
Hah…sini ada berita baik bagi anda semua yang mengidamkan peranti ini. Menurut laman rasmi Machines, harga jualan bagi iPhone 7 dan iPhone 7 Plus telah menerima pengurangan sebanyak RM500 untuk model tertentu.
Kemas kini harga jualan adalah seperti berikut:
iPhone 7
- 128GB: RM3199 (Harga asal: RM3699)
- 256GB: RM3699 (Harga asal: RM4199)
iPhone 7 Plus
- 128GB: RM3799 (Harga sebelum: RM 4299)
- 256GB: RM4299 (Harga sebelum: RM 4799)
**Peringatan**
- Harga jualan menerusi laman rasmi Apple Malaysia masih lagi mengekalkan harga asal.
- Harga jualan bagi versi 32GB masih lagi mengekalkan harga asal.


