Antutu: Senarai 10 Peranti Berprestasi Terbaik Sepanjang Bulan Mei 2019

Platform penanda aras Antutu setiap bulan akan mengeluarkan laporan mengenai senarai 10 peranti berprestasi terbaik, laporan untuk bulan Mei telahpun dikeluarkan dengan kehadiran ahli baharu dalam senarai tersebut.

Xiaomi Mi 9 Explorer Edition yang sebelum itu menduduki tangga teratas selama 2 bulan, kini ditukar pemiliknya menjadi Nubia Red Magic 3 dengan skor sebanyak 380,921. Tempat kedua diduduki oleh ZTE Axon 10 Pro dengan skor 376,916.

Xiaomi Mi 9 Explorer Edition kini berada di tangga ketiga pada skor 376,092, diikuti BlackShark 2 (374,736).

Senarai 10 peranti dengan prestasi terbaik sepanjang bulan Mei:

[ SUMBER ]

 

 

 

You might also like