Nikmati 36GB Data Percuma Selama Setahun Secara Eksklusif Di Tune Talk Dengan Pembelian Peranti Vivo!!!

Bermula dari 2 April, anda boleh membeli mana-mana telefon pintar Vivo di mana-mana Vivo Concept Store di Lembah Klang dan nikmati 36GB data secara percuma selama setahun secara eksklusif di Tune Talk.

Antara yang anda boleh miliki adalah siri V15 yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Vivo V15 dijual pada harga RM1399 dan V15 Pro pula dijual pada harga RM1799. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan Elevating Front Camera dengan 32MP yang mana memberikan skrin dengan Ultra FullView Dislay pastinya memberikan paparan yang terbaik.

Selain itu, siri V15 disertakan dengan AI tri-kamera yang memberikan hasil gambar persis seorang profesional. AI Super Wide Angle Camera dengan 120° memberi peluang kepada anda untuk merakam lebih banyak imej di dalam setiap rakaman.

Dalam pada itu, V15 Pro dan V15 kedua-duanya didatangkan dengan 6GB RAM dan 128GB storan. ia memberikan kepada anda pengalaman bermain permainan mudah alih dengan sangat lancar dan boleh melaksanakan beberapa aplikasi dalam 1 masa.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang Tune Talk. Anda juga boleh melayari Vivo Malaysia Di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

____________________________

Baca juga:

 

You might also like