Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi 9 Menepati Ciri-Ciri Flagship 2019!!! Berbaloi Dimiliki???

Peranti yang kian mendapat tempat di hati peminat peranti pintar, Xiaomi kini telah melancarkan 1 lagi peranti terbaharu iaitu Xiaomi Mi 9 yang merupakan peranti flagsip bagi jenama ini. Dijual pada harga RM1999 bagi edisi 6GB + 128GB. pastinya akan menarik minat pengguna untuk membelinya kerana ia pastinya menepati ciri-ciri yang perlu ada pada peranti flagship bagi tahun 2019.

Rekaan yang Menarik

Dari aspek luaran peranti ini pastinya tidak mengecewakan. Disertakan bahagian kaca di bahagian belakang dan tidak disertakan pengecaman cap jari di bahagian belakang menjadikannya lebih eksklusif. Warna yang turut tersedia juga adalah sangat cantik iaitu Piano Black (Seperti dalam gambar), Ocean Blue dan Lavender Violet.

Sedikit kebimbangan apabila kamera belakang peranti ini kelihatan terlalu timbul sehingga menyebabkan ia membuatkan peranti ini kelihatan sedikit pelik jika dilihat dari tepi dan ketika ia diletakkan di permukaan yang rata. Namun ia hanya kegusaran yang kecil sahaja kerana apabila anda menggunakan casing ia sudah tidak kelihatan.

 

Spesifikasi Penuh

Spesifikasi telefon ini pastinya menepati kriteria flagship pada 2019. disertakan dengan pemproses terbaharu SnapDragon 855 pastinya akan melancarkan lagi penggunaan peranti anda.

Peranti ini turut disokong oleh GPU Adreno 640 yang menjanjikan grafik yang menarik untuk pengguna. Ia turut disokong oleh kapasiti memori yang besar iaitu 6GB RAM dan 128GB ROM pasti membuatkan masalah tidak cukup ruang pada peranti anda dapat diselesaikan.

Berikut merupakan spesifikasi penuh peranti ini!!!

Sistem Operasi

MIUI 10

Pemproses

Qualcomm SnapDragon 855

GPU

Adreno 640

Paparan

6.39 inci Samsung AMOLED Full Screen Display FHD+( 2340 x 1080)

Memori

6GB RAM +128GB ROM

Bateri

3300mAh, Pengecasan pantas (27W), Pengecasan tanpa wayar (20W)

Pengambaran

Kamera Utama
48MP (f/1.75) + 16MP (f/2.2) + 12MP(f/2.2)

Kamera Hadapan
20MP (f/2.0)

Rakaman Video

4K UHD

Slot Kad

Dual Nano Sim

Dimensi

157.5mm x 74.67mm x 7.61mm

Berat

173g

Warna

Piaono Black, Ocean Blue dan Lavender Violet

Harga

RM1999

Kepuasan Paparan

Xiaomi Mi 9 ini pastinya direka dengan sentuhan moden. Berbeza dengan Mi 8, peranti Mi 9 ini direka dengan notch yang lebih kecil dan ini memberikan paparan yang lebih luas kepada pengguna.

Dari segi paparan, telefon ini dihadirkan dengan 6.39 inci Samsung AMOLED Full Screen Display dengan FHD+( 2340 x 1080). Pengalaman menonton anda akan menjadi lebih asyik. Anda mungkin terleka ketika menonton menerusi peranti ini. Skrin peranti ini juga dilindungi oleh Corning Gorilla 6 yang menjadikan skrin anda lebih selamat.

Kamera Yang Terbaik

Peranti ini dihadirkan dengan 48MP (f/1.75) + 16MP (f/2.2) + 12MP(f/2.2) yang menjanjikan hasil gambar yang menakjubkan. Dengan spesifikasi kamera ini pastinya mampu mengambil gambar di dalam gelap dengan sangat baik.

# Kamera Belakang

Dengan spesifikasi kamera yang menakjubkan, kamera ini mampu merakam gambar dengan sangat baik khususnya jika menggunakan telefoto dan wide angle. Lebih banyak perincian pemandangan dapat dirakam dan visual adalam lebih luas.

Telefoto
Wide Angle

Bagi gambar close up juga adalah sangat baik. Anda boleh melihat perincian pada subjek dengan jelas.

Gambar ketika menggunakan night mode bagi Mi 9 ini juga adalah sangat baik. Anda boleh merakam lebih banyak perincian pada waktu malam.

Anda juga boleh menggunakan google lens untuk mengetahui tentang sesuatu item dengan hanya menggunakan kamera peranti ini.

Pilih kamera – Pilih Pilihan dan pilih Google Lens – Fokus kamera pada subjek – Peerincian subjek akan keluar
# Kamera Hadapan

Dengan kamera hadapan yang tersedia dengan 20MP, perincian yang dirakam juga adalah sangat baik. Bokeh yang dihasilkan juga adalah sangat baik yang mana ia sangat kemas dan lebih natural.

Kiri ( Photo) , Kanan (Portrait)

Begitu juga ketika merakam gambar swafoto pada waktu malam. Ia juga dilihat sangat baik dan kemas.

 

Berikut adalah hasil gambar menerusi Mi 9:

* Gambar Close-up

* Seni Bina:

* Gambar Malam:

 

 

Pengalaman Bermain Game Yang Memuaskan

Sungguhpun ia bukanlah peranti yang memberi fokus kepada permainan mudah alih, namun prestasinya ketika melaksanakan tugasan ini tidak dapat disangkal lagi, berada dalam keadaan yang sangat baik. Dengan disertakan dengan Adreno 640 dan Game Turbo serta paparan yang mempersona pastinya menjadikan pengalaman bermain game anda lebih seronok.

Cuma sedikit kebimbangan apabila ia tidak disokong oleh keupayaan speaker yang mampu memberi keterujaan audio kepada pengguna ketika bermain permainan mudah alih seperti PUBG dan Mobile Legend.

 

Mi 9 Sebagai Alat Kawalan

Ini antara yang menjadi keunikan bagi peranti ini. Menerusi ciri ini, ia membolehkan peranti ini menggunakan aplikasi yang dinamakan Mi Remote yang mana ia boleh menjadikan Mi 9 sebagai remote untuk mengawal peranti-peranti lain seperti televisyen, penghawa dingin, kipas, pemain DVD dan sebagainya.

Cara tetapannya adalah sangat mudah:

Pilih Mi Remote – Add Remote – Pilih peranti – Pilih My room – Pilih jenama – Kawal peranti tersebut menggunakan Mi 9

 

Google Assitance

Pada Mi 9 telah ditambah 1 lagi butang di bahagian kiri yang mana ia berfungsi untuk menggunakan Google Assistance. Anda boleh menggunakan Google assistance dengan hanya menekan butang ini walaupun peranti anda telah di lock.

Dual Apps

Kadang kala anda mempunyai beberapa akaun dalam media sosial dan anda memerlukan ia di log masuk pada peranti ini tanpa perlu log out mana-mana akaun. Menerusi Dual Apps, anda boleh menjadikan pendua bagi mana-mana aplikasi di dalam peranti ini. Contohnya jika anda mempunyai 2 akaun Facebook, anda tidak perlu lagi log keluar akaun tersebut, anda hanya perlu log masuk 1 lagi akaun anda ke dalam aplikasi yang telah di ‘duplicate’.

Cara tetapan:

Pergi Settings – Pilih Dual Apps – Pilih Aplikasi yang ingin di duplicate – Kini terdapat 2 aplikasi

 

Split Screen

Menerusi peranti ini anda boleh menggunakan split screen sekiranya anda ingin membuka 2 aplikasi dalam 1 masa. Ia membolehkan anda melakukan 2 kerja dalam 1 masa. Tiada sebarang lag ketika menggunakan Split Screen ini. Cara tetapan mudah sahaja:

Tekan simbol petak di bahagian bawah – pilih Split Screen – Tarik aplikasi yang ingin dibuka ke atas – tekan 1 lagi aplikasi – Kini 2 aplikasi di buka

 

Hasil Ujian

Kami telah menjalankan ujian ke atas peranti ini dan hasil daripada ujian ini tidak mengecewakan. Peranti ini dilihat dapat bersaing dengan peranti-peranti yang berada di pasaran pada ketika ini.

# AnTuTu Benchmark

 

# GeekBench 4

Kapasiti Bateri

Seperti yang diketahui, peranti ini disertakan dengan 3300mAh. Walaupun kapasiti bateri ini dilihat lebih kecil berbanding dengan model terdahulu seperti Mi 8, namun ia dibantu oleh pengecasan pantas (27W), Pengecasan tanpa wayar (20W) yang mana mampu di cas dengan sangat pantas.

Kami telah melakukan ujian pengecasan ke atas peranti ini. Kami mula mengecas peranti ini ketika bateri berada pada 21% iaitu pada jam 7.08 malam . Pada jam 8.16 malam bateri sudah mencapai 100%. Masa yang diambil hanyalah 1 jam 8 minit.

 

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, peranti ini adalah baik khususnya ia merupakan peranti Flagship pada harga mampu milik. Kemasan rekaan dan spesifikasi yang tinggi membuatkan ia peranti yang berbaloi untuk dimiliki. Dengan kamera yang terbaik sama ada merakam pada waktu siang ataupun malam membuatkan peranti ini perlu dimiliki.

_____________________________

Baca juga:

 

 

You might also like