Penumpang Grab Perlu Mengambil Gambar Swafoto Semasa Menaiki Grab Di Atas Isu Keselamatan – Mulai 12 Julai

1505
- Iklan -

Sering kala terdengar kes rompakan atau pembunuhan berlaku pada Grab, susulan kes tersebut Grab mengambil keputusan dengan melancarkan satu ciri baharu bagi meningkatkan keselamatan pemandu Grab.

Mulai 12 Julai 2019, semua penumpang Grab yang memanggil perkhidmatan ini perlu mengambil gambar swafoto (sekali sahaja) sebelum menaiki grab. Gambar yang diambil sekadar untuk pengesahan penumpang sekaligus dapat membantu pihak berkuasa sekiranya kejadian berlaku.

Menurut Grab, gambar swafoto ini tidak akan dikongsi kepada pemandu grab. Jadi penumpang tidak perlu risau gambar anda ada dalam tangan orang yang tidak dikenali.