Bajet 2017: Internet 2X Lebih Laju, Pada Harga Yang Sama!

2Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak semalam telah mengumumkan bahawa penyedia perkhidmatan Internet di Malaysia sudah bersetuju dengan rangka dan idea kerajaan untuk membekalkan pakej Internet dengan kelajuan lebih tinggi kepada pengguna, ia merupakan salah satu pelan yang ada di dalam Bajet 2017.

3Bermula pada tahun hadapan, pengguna akan mula menikmati dua kali ganda kelajuan Internet pada harga yang sama dibayar ketika ini. Suruhanjaya Komunikasi dan Media juga akan menyediakan dana RM 1 bilion bagi menaik taraf infrastruktur jalur lebar di negara ini bagi menyokong kelajuan Internet 20MB/saat.

You might also like