Mahu Fungsi Always On Display? Mudah Saja!

1Peranti jenama LG dan Samsung adalah antara peranti yang hadir dengan fungsi paparan Always On. Ciri ini sangat menarik kerana ia memudahkan anda melihat informasi penting seperti masa, tarikh dan notifikasi dengan lebih pantas dan senang kerana apabila fungsi ini diaktifkan, paparan akan sentiasa aktif memaparkan data tersebut. Namun tidak semua peranti sesuai dengan ciri ini, hanya peranti yang menggunakan skrin jenis AMOLED sahaja disarankan untuk menggunakannya.

Sekiranya anda mempunyai peranti dengan skrin AMOLED tetapi tiada fungsi Always On, kali ini eRing akan ajar anda cara untuk mendapatkan fungsi akses data dan notifikasi pada peranti anda.

Langkah 1

Dapatkan aplikasi Always On Amoled. Sebenarnya terdapat banyak lagi aplikasi yang menawarkan fungsi serupa, namun aplikasi ini adalah antara yang paling stabil dan selamat digunakan.

 

2-3

Langkah 2

Lancarkan aplikasi setelah muat turun selesai.

 

 

 

 

 

 

2-4Langkah 3

Ini merupakan langkah yang paling penting sepanjang proses ini. Benarkan servis aplikasi untuk mengakses beberapa fungsi peranti. Tap Allow Now pada semua kebenaran yang diminta. Sesetengah kebenaran memerlukan anda masuk ke paparan settings peranti.

 

 

 

2-6Langkah 4

Bagi sesetengah peranti, anda perlu memuat turun aplikasi sampingan bagi memastikan aplikasi dan peranti berjalan lancar.

*Sekiranya anda melihat 
paparan ini, sila tap 
Download dan muat turun 
aplikasi yang diminta.
 

 

 

2-6Langkah 5

Pastikan servis diaktifkan.

Anda juga boleh menetapkan rekaan paparan Always On. Namun beberapa pilihan memerlukan anda menyumbangkan wang kepada pihak pembina aplikasi. Harga tidak ditetapkan, anda boleh menyumbang sebanyak mana anda mahu kepada pihak pembina aplikasi untuk beberapa rekaan paparan.

 

 

2-10

Ulasan Penggunaan Dari eRing

Kami tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang setengah hari menggunakan aplikasi ini. Data analisis penggunaan bateri juga tidak menunjukkan penggunaan kuasa yang luar biasa dari aplikasi ini. Bahkan aplikasi ini tidak muncul dalam jadual data kerana menggunakan kurang daripada 1% kuasa bateri.

 

You might also like