

Platform e-hailing global, inDrive, telah melancarkan Cabutan Hadiah Pemandu Platinum, satu kempen peringkat kebangsaan yang berlangsung di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, bagi mengiktiraf serta menghargai pemandu kereta berprestasi tinggi yang mencapai dan mengekalkan status Platinum dalam aplikasi tersebut.
Bermula dari November hingga Disember 2025, kempen ini diraikan sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan pemandu, di samping mengukuhkan lagi hubungan dalam komuniti inDrive yang dinamik di Malaysia. Ia juga bertujuan menggalakkan lebih ramai pemandu mencapai status tertinggi dengan menawarkan ganjaran bermakna sebagai penghargaan atas kerja keras dan dedikasi mereka di jalan raya.
Menerusi siri cabaran berasaskan prestasi, pemandu yang mencatat jumlah perjalanan tertinggi dan mengekalkan status Platinum berpeluang memenangi hadiah utama seperti Perodua Bezza 1.3 AV, motosikal Honda ADV 160, telefon pintar Samsung Galaxy S25, baucar petrol, dan percutian keluarga. Kempen ini akan mencapai kemuncaknya dengan majlis anugerah pada 18 Disember, yang bakal menghimpunkan lebih 130 pemandu dan pasukan tempatan untuk meraikan rakan kongsi paling berdedikasi di jalan raya Malaysia.
“Kempen ini bukan sekadar sekadar cabutan hadiah tetapi simbol kepercayaan dan kerjasama,” kata Azlan Anwar, Pengurus Operasi Pemandu inDrive Malaysia. “Kami berdiri bersama pemandu kami di setiap langkah, menghargai konsistensi, profesionalisme, dan peranan penting mereka dalam menggerakkan bandar-bandar kita.”
Selaras dengan pelancaran kempen ini, inDrive turut menyambut baik program subsidi BUDI95 untuk menyokong pemandu e-hailing di seluruh negara. Di bawah skim ini, pemandu inDrive yang layak kini boleh menikmati sehingga 800 liter petrol RON95 bersubsidi setiap bulan, bergantung kepada jumlah jarak pemanduan mereka di semua platform e-hailing.
Dengan meraikan pemandu berprestasi tinggi melalui Cabutan Hadiah Pemandu Platinum serta menyokong inisiatif nasional, inDrive menegaskan komitmennya terhadap usaha memperkasa komuniti pemandu Malaysia. Inisiatif ini mencerminkan dedikasi jangka panjang platform tersebut terhadap keadilan, ketelusan dan peluang, memastikan setiap pemandu dihargai, diberi ganjaran dan disokong sebagai tulang belakang utama dalam memastikan Malaysia terus bergerak ke hadapan.

