Haier menampilkan ‘X-factor’ dalam rangkaian mesinbasuhnya

Selaras dengan falsafah ‘More Creation, More Possibilities’,
Haier Malaysia hari ini memperkenalkan Mesin Basuh X Series serba baharu, direka dengan
teknologi pintar yang memudahkan rutin dobi sambil menjimatkan masa, air dan tenaga bagi
setiap isi rumah di Malaysia.
X Series, yang terdiri daripada model X5, X7, dan X9, model tertinggi dalam rangkaian ini,
merupakan generasi mesin basuh Haier yang terbaharu direka untuk memberikan
pengalaman premium bagi kehidupan seharian pengguna. Dilengkapi dengan teknologi pintar,
ia memastikan kualiti cucian yang tinggi dan kecekapan yang optimum, dengan rekaan
premium untuk menepati reka bentuk dalaman rumah.
Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing berkata, “Tahun 2025 membawa momentum yang
positif untuk segmen mesin basuh kami. Haier L+ Washing Machine yang dilancarkan pada
bulan Mei lalu telah diterima baik oleh pengguna dan menjadi tarikan utama di pameran serta
jerayawara produk.
Haier X Series ini merupakan mesin basuh terbaharu kami yang mencerminkan komitmen
jenama ini terhadap inovasi bermatlamat, dengan memperkenalkan teknologi pintar yang
memudahkan kehidupan sambil mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Kami percaya
ia akan memberikan rangsangan baharu di pasaran dan menyokong pertumbuhan tahunan
sebanyak 30% bagi segmen mesin basuh kami. Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan
pengguna Malaysia yang semakin kukuh terhadap jenama Haier.
Tumpuan kami kekal pada pembinaan jenama, pengalaman premium dan pertumbuhan yang
mampan bagi tahun 2026. Kami akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan
bagi memastikan produk kami selari dengan gaya hidup moden. Haier bertekad menerajui
industri dengan inovasi bermakna yang memperkayakan kehidupan seharian, sejajar dengan
falsafah kami, ‘More Creation, More Possibilities’.”
Mesin Basuh Haier X Series – Penjagaan yang cekap dan mesra alam sekitar
Dibangunkan untuk gaya hidup moden, Haier X Series menggabungkan ciri-ciri pintar dalam
2
satu reka bentuk anggun untuk menjadikan rutin dobi lebih mudah. AI Wash akan mengesan
jenis fabrik dan kadar penyerapan air secara automatik untuk mengesyorkan program cucian
yang optimum, memastikan penjagaan yang tepat untuk setiap muatan.
Sementara itu, Essence Wash ialah teknologi pracampuran dan mikrobuih proprietari Haier
yang melarutkan detergen secara sekata dan menyemburkannya terus ke atas fabrik untuk
cucian yang lebih mendalam. Kitaran penuh boleh disiapkan dalam hanya 39 minit, sekitar
37% lebih cepat daripada kitaran tradisional, sekali gus menjimatkan masa, air dan tenaga.
Selepas cucian, teknologi Ultra Fresh Air akan mengeringkan dram dalaman secara automatik
dan melepaskan kelembapan untuk mengelakkan bau dan kedutan yang tidak diingini. Ini
menjadikan pakaian lebih bersih dan segar tanpa pengguna perlu menghidupkan sebarang
tetapan atau mod tambahan.
Haier X Series juga menampilkan antara muka sentuhan penuh futuristik yang dikenali
sebagai Color AI. Ia meningkatkan penampilan mesin yang anggun kerana tiada kluster
butang diperlukan. Panel LCD kini menampilkan reka bentuk filem warna baharu untuk
memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan intuitif.
Inovasi-inovasi tersebut menggariskan usaha berterusan Haier untuk menerajui piawaian
industri dalam prestasi, kemudahan pengguna dan pengurangan impak alam sekitar.
Mesin basuh Haier X Series serba baharu boleh di pra-tempah bermula dari RM2,249. Untuk
maklumat lanjut yang terkini, sila layari www.haier.com/my atau halaman media sosial rasmi
di Facebook, Instagram, dan TikTok.

You might also like